Tular rakaman video seorang pemandu ambulans meluah rasa kecewa dengan pemandu bas yang enggan memberi keutamaan laluan. Menerusi video itu, pemandu sebuah bas ekspres didakwa selamba menggunakan pam diesel untuk kenderaan ringan sedangkan pam khas untuk kenderaan berat sudah disediakan.
Situasi ini ternyata menyusahkan pengguna lain yang ingin mengisi minyak, seperti mana yang dialami oleh seorang pemandu ambulans. Ketika dihubungi mStar, Azman Mohamed Isa atau lebih mesra disapa Azman Roy, berkata, dia bersama dua rakannya dalam perjalanan menghantar seorang pesakit warga emas berusia 89 tahun dari Seksyen 24, Shah Alam ke Sungai Dua, Pulau Pinang. Azman Roy berkata ketika berhenti di sebuah stesen petrol, dia mendapati sebuah bas diparkir di dua petak yang disediakan untuk kenderaan ringan mengisi minyak.
TikTok Azman Roy Disebabkan sudah lama menunggu, dia cuba menegur pemandu bas berkenaan tetapi mendakwa lelaki tersebut menjawab dengan kasar sambil memberi alasan sedang menunggu penumpangnya naik. Menurut Azman Roy, kejadian berlaku pada 6 Mac lebih kurang jam 7.30 pagi itu yang mana mereka terpaksa singgah mengisi petrol kerana seperti yang dapat dilihat dalam video tular, meter minyak berada di takuk empty (kosong). "Waktu berhenti di Petron tu, ada sebuah bas baru sahaja selesai isi minyak. Kami tunggu belakang bas tu. Tapi lepas lima minit macam, bas tak bergerak pergi. "Pam untuk kenderaan berat (lori dan bas) ada di sebelah sana. Tapi bas tu dah block pam kenderaan ringan. Sepatutnya pemandu bas tu kena isi minyak di pam khas yang disediakan. "Saya turun beritahu yang ambulans saya bawa pesakit dan nak isi minyak. Dia cakap tengah tunggu penumpang yang turun. Saya beritahulah ada pesakit tua yang terlantar uzur nak hantar ke rumah anaknya. "Terkejut saya bila dia bagi jawab dengan kasar kau pergi isi minyak dekat tempat lain. Tu masalah kau dan bukan masalah aku," pemandu ambulans yang berusia 38 tahun itu mengimbas semula kejadian. Sementara itu, Azman Roy yang sudah bekerja sebagai pemandu ambulans selama lapan tahun memberitahu dia sebenarnya sudah terbiasa dengan kes sebegini. Namun apa yang membuatkan anak kelahiran Klang, Selangor ini bertambah sedih adalah jawapan yang diberikan oleh individu berkenaan yang dianggap tidak mempunyai sensitiviti dan sifat berperikemanusiaan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di pam minyak di Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol, Lebuhraya Utara Selatan (Plus). "Masa tu ada la sedikit pertengkaran, tapi nasib baik pembantu pemandu bas tenangkan pergaduhan. Lepas tu barulah pemandu bas alih bas dan pergi. "Sebelum ni ada sahaja kes yang sama macam ni. Nak kena ketuk tingkap ataupun tegur barulah nak alih. Kalau tak tegur, kena tunggu sampai mereka habis urusan barulah kenderaan tu dialihkan. "Cuma kes kali ini saya agak kecewa. Saya kecewa dengan ayat pemandu bas tu. Siap suruh saya pergi cari stesen minyak yang lain serta beritahu tu bukan masalah dia, tu masalah saya," ujarnya. Dalam pada itu, dia yang bekerja di Shah Alam, bersyukur kerana urusan menghantar pesakit uzur itu ke rumah anaknya di Pulau Pinang dipermudahkan. Azman Roy turut memberitahu tujuannya memuat naik video tersebut adalah untuk menunjukkan masih ada rakyat Malaysia yang bersikap penting diri sehingga menyusahkan orang lain. "Tujuan saya muat naik video tu bukan nak mencari gaduh atau salah sesiapa. Tetapi saya beritahu banyak lagi manusia yang bersikap pentingkan diri dan tidak ada sifat perikemanusiaan. Sedangkan kami ambulans yang membawa pesakit," ujarnya lagi. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pernah mengalami nasib yang sama dan geram dengan sikap tidak bertanggungjawab golongan itu. Sumber: mStar
|
LadyCarefree replied at 9-3-2023 12:34 PM
Siapalah yang bangang bengap bodoh idiot yg mulakan gelaran PILOT bas?
pokokmeranti replied at 9-3-2023 01:28 PM
entahlah...inilah namanya penjenamaan utk sedapkan nama sesuatu kerjaya contohnya kerani kepada pe ...
LadyCarefree replied at 9-3-2023 12:34 PM
Siapalah yang bangang bengap bodoh idiot yg mulakan gelaran PILOT bas?
ADVERTISEMENT