Kuantan: Pesara guru wanita kerugian RM91,980 akibat terpedaya dengan Phone Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 62 tahun dari Jerantut itu mendakwa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan KKM pada 3 Mac lalu.
Menurutnya, suspek dikatakan menyamar sebagai pegawai KKM dari Putrajaya yang memaklumkan bahawa mangsa membeli ubat dalam kuantiti yang banyak ketika berada di sebuah klinik di Alor Setar, Kedah. "Suspek kemudiannya menyambungkan panggilan itu kepada individu yang dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan terbabit dengan sindiket pengubahan wang haram dan aktiviti dadah. "Mangsa diminta memberikan maklumat bank dan membuat transaksi sebanyak empat kali ke akaun yang diberikan oleh suspek sehingga mengalami kerugian RM91,980.
"Siasatan mendapati mangsa membuat transaksi wang simpanan sendiri, wang hasil sawit adik beradik dan wang simpanan pencen arwah suaminya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Ramli menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan yang berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. -CARI Sumber: harian Metro
|
Kacangmanis replied at 9-3-2023 07:45 AM
Benda ni byk kali berlaku. Pelik mengapa ramai lagi tertipu. Kesiannya. Harap makcik tu doa yg buruk ...
vanillaninja replied at 9-3-2023 10:45 AM
Acik2 forum yang pernah melayan scammer ni, uols selalu dapat scammer local ke foreign? I selalu jug ...
kepompong replied at 8-3-2023 07:42 PM
i skrg tak pernah jawab phone.
i yg call balik semua nombor missed call
ADVERTISEMENT