SURABAYA – Gara-gara berebut wanita bergelar isteri orang, dua lelaki bergaduh di hadapan sebuah warung sehingga cedera akibat menggunakan senjata tajam. Kompas melaporkan, pergaduhan itu berlaku di depan sebuah warung kopi di Surabaya, wilayah Jawa Timur pada Isnin lalu. Berikutan kejadian tersebut, kedua-dua lelaki tersebut cedera pada telapak tangan dan terpaksa dirawat di sebuah hospital.
Kedua-duanya dikatakan bergaduh kerana berebut seorang wanita yang masih bergelar isteri kepada seorang lelaki lain. Bapa kepada wanita tersebut berkata, perkahwinan anaknya sememangnya sedang bermasalah. Walaupun mengalami keretakan hubungan, anak perempuannya itu berkahwin dengan salah seorang lelaki yang bergaduh itu, dikenali sebagai WH, walaupun masih bergelar isteri. Dia kemudian menjalinkan pula hubungan sulit dengan lelaki kedua, AG, yang menjadi punca pergaduhan antara kedua-dua mereka.
“Selepas berkenalan dengan AG, dia jarang pulang. Hanya dua minggu sekali,” kata bapa wanita tersebut seperti dipetik daripada laman berita TribunJatim. Dalam pergaduhan tersebut, AG datang dengan menyembunyikan sebilah parang sepanjang 30 sentimeter (sm) di dalam kain pelekat yang dipakai sebelum berlaku pergaduhan antara dia dan WH. –CARI Sumber: Kosmo
|
hokeypokey replied at 8-3-2023 11:23 AM
mcm ni la kalau jantan bermadu, bergaduh lagi teruk dr betina..
dua_chzy replied at 9-3-2023 05:14 AM
Nothing but the truth kan sister. Tapi jantan kecam ummah pompuan yang anti poligami ni macam ntah ...
ADVERTISEMENT