CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Pemandu Saga 'Tingtong', Tengah Isi Minyak Langgar Kereta Lain Di Stesen Minyak

1-3-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1464| Komen: 8

PETALING JAYA- Pemandu kereta jenis Proton Saga mengisi minyak sebelum merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Exora di sebuah stesen minyak.

Video kejadian dimuat naik di akaun Tiktok @Hafizahabuhassan itu telah mencuri perhatian.


Menerusi rakaman, pemandu kereta Saga berkenaan didakwa ‘tingtong’ ketika mengisi minyak kenderaannya di sebuah stesen minyak sekitar Damansara Damai.



“Dugaan hari ini dekat Caltex Damansara Damai. Nampak pemandu kereta merah macam ‘tingtong’ tiba-tiba melanggar kereta kami,” tulisnya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, ramai pengguna mula membuat spekulasi sendiri rentetan pemilik video berkenaan tidak menceritakan secara lebih jelas mengenai insiden berkenaan.



“Disebabkan hal sebegini, kalau isi minyak kena matikan enjin. Tak faham aku jenis orang yang tak matikan enjin. Papan tanda pun ada letak,” komen @Allin1shop.

“Kereta jenis auto bahaya, manual kalau tak tekan ‘clutch’ memang tak akan bergerak. Kereta auto pijak sahaja terus bergerak,” kata @Rockkapak.

“Sumpah bahaya! Macam mana boleh jadi macam ni, tak faham. Bahayakan keselamatan orang lain,” tulis @NajihahElias.



Menerusi video berlainan, pemilik video berkenaan turut berkongsi keadaan keretanya yang kemek teruk akibat dirempuh kereta Saga berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua yang terlibat dalam insiden berkenaan dilaporkan selamat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 1-3-2023 11:10 AM
Edited by Antifake at 1-3-2023 11:11 AM

Pernah terjadik ingat dah tukar ke D pegi letak R kat parking lot atas bukit. Rasa menjunam ke belakang. Nasib baik sempat brek. Belakang tak ada kereta. Masa tu fikiran bercelaru.
Quote Burong_Hantuk 1-3-2023 11:58 AM
kes lalok dadah ke???
Quote iman_kasih 1-3-2023 12:58 PM
Ya ampun...dah kenapa macam tu sekali? Nasib x baik betul ixora tu. Repot polis je la. Harap2 dapat claim insurans saga tu.
Quote gigahertz 1-3-2023 01:28 PM
iman_kasih replied at 1-3-2023 04:58 AM
Ya ampun...dah kenapa macam tu sekali? Nasib x baik betul ixora tu. Repot polis je la. Harap2 dapat  ...

Saga jenis ni ada can utk claim
Ingatkan jenis saga kereta kebal
Quote akies 1-3-2023 01:31 PM
Mujur tak terbakar ke apa
Quote zarulnazmi 1-3-2023 01:45 PM
adakah dia terhidu bau minyak tu lalu terus tingtong?
Quote rosedemon 2-3-2023 08:37 AM
klau kena kat aku mmg aku hempok ko
Quote awanearisu 2-3-2023 08:41 AM
Mujur ada cctv di stesen minyak tersebut. Berguna untuk membuat tuntutan dengan pihak insurans pemandu kereta Saga.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.035123 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top