SEOUL –The Korea Herald melaporkan, satu kaji selidik mendapati bahawa semakin ramai golongan wanita di Korea Selatan menganggap perkahwinan dan mempunyai anak bukan merupakan perkara penting dalam kehidupan mereka.
Menurut kaji selidik dijalankan Persatuan Kajian Hal Ehwal Sosial Korea tersebut, hanya empat peratus daripada responden wanita melihat perkahwinan dan melahirkan anak sebagai suatu perkara yang wajib dijalani. Dalam masa sama, 12.9 peratus responden lelaki memberi jawapan yang sama. Kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 281 lelaki dan wanita bujang berumur 20 hingga 34 tahun itu turut menyarankan bahawa kepentingan perkahwinan dan kelahiran anak adalah berkaitan dengan persepsi responden terhadap masyarakat Korea. Berdasarkan kajian tersebut, golongan yang mementingkan kualiti hidup dan kehidupan bermasyarakat cenderung untuk menganggap perkahwinan dan melahirkan anak adalah penting.
Minggu lalu, agensi perangkaan Korea Selatan melaporkan negara itu mencatatkan rekod kadar kelahiran paling rendah bagi tahun 2022 dengan seramai 249,000 bayi dilahirkan, merosot 4.4 peratus berbanding 2021. Bilangan perkahwinan di negara itu turut merosot kepada 191,697 bagi tahun lepas yang merupakan kadar terendah sejak penyimpanan rekod bermula pada 1970. Dalam pada itu, satu kajian berlainan menunjukkan semakin kurang penduduk lelaki dan wanita negara itu berpendapat menjaga ibu bapa adalah tugas wajib seorang anak. Kaji selidik dijalankan Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea terhadap 7,865 isi rumah antara Mac dan Julai 2022 menunjukkan sekitar 21 peratus responden berpendapat anak-anak perlu tinggal bersama ibu bapa dan menjaga mereka. Ia merupakan penurunan daripada 52.6 peratus sepanjang tempoh 15 tahun lepas. – CARI Sumber: Kosmo
|
cmf_premierleag replied at 1-3-2023 10:49 AM
Kalo kawen dgn oppa k-poop kang leceh la pulak nak kene berebut2 foundation bagai kan
ADVERTISEMENT