Seorang isteri ditetak dengan parang sebanyak 16 kali oleh suaminya sendiri gara-gara jual beli seekor kucing tanpa izin. Kompas melaporkan, kejadian berlaku di daerah Baayah, Lebak di wilayah Banten di Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, suspek berusia 55 tahun pada awalnya mendapati isterinya berusia 37 tahun melakukan satu transaksi membabitkan seekor kucing, pada pagi Selasa. Difahamkan, suspek berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing. Namun mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya kembali hingga mencetuskan pergaduhan. "Si suami kemudian menetak isterinya beberapa kali menggunakan parang," kata Andi dalam satu kenyataan kepada Kompas.com, pada Selasa. Dalam keadaan parah, mangsa kemudian berlari menyelamatkan diri ke kawasan kejiranan.
"Mangsa mengalami kesan luka di kepala, punggung hingga tangan," kata Andi. Jari telunjuk dan ibu jari mangsa turut putus dalam kejadian itu. Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh penduduk. Suspek kemudian melarikan namun berjaya ditangkap dan dibawa kepada polis. Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian. Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital dan dalam keadaan tidak sedarkan diri Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.. - CARI Sumber: mStar/Kompas
|
Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.
ADVERTISEMENT