Pemimpin Kremlin Vladimir Putin menyampaikan anugerah "Russian Order of Friendship" kepada pelakon Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal, yang terkenal dengan filem aksi AS 1990 Hard to Kill, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bintang Amerika Syarikat terkenal dengan filem thriller aksi menerima anugerah "Russian Order of Friendship" yang disampaikan sendiri pemimpin Kremlin Vladimir Putin. Menurut dekri Putin yang diterbitkan pada Isnin, Seagal yang memiliki kewarganegaraan Rusia menerima anugerah itu atas "sumbangan besarnya terhadap pembangunan kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa". Bernama memetik Agensi Akhbar Jerman (dpa) melaporkan, pelakon berusia 70 tahun itu membintangi pelbagai filem aksi dan merupakan wakil khas Kementerian Luar Rusia untuk hubungan kemanusiaan dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Difahamkan, dia yang juga ahli parti pro-Kremlin Just Russia didakwa berulang kali mengikuti garis propaganda Moscow. - CARI
|
ADVERTISEMENT