Bintang terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki yang mencuri tumpuan ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan aktres Britain, Katy Louise Sanders turut menerima beragam kritikan dan spekulasi.
Malah, Joon Ki akui marah apabila ada spekulasi yang disebarkan sudah jatuh fitnah. Joon Ki meluahkan rasanya itu ketika ditemu bual majalah GQ edisi terkini, lapor Boom. “Pada awalnya saya tidak memikirkan terlalu banyak tentang spekulasi atau gosip yang bertebaran. “Untuk individu seperti kami yang pekerjaan terdedah dengan hal-hal seperti ini (gosip) sudah menjadi seperti satu perkara normal. “Dan sekiranya ramai yang tahu mengenai hubungan kami, cinta kami tidak akan berubah. Tapi secara jujurnya apabila gosip menjadi tidak terkawal dan di luar kewarasan, saya jadi marah,” akui Joong Ki seperti dilaporkan AllKPop.
Tambahnya lagi, dalam banyak-banyak perkara yang digosipkan, hanya nama universiti tempat isterinya menuntut sahaja yang betul. “Saya sangat marah tapi Katy cakap kepada saya ‘tidak perlu marah dengan mereka’. Saya tidak mahu bercakap banyak, tapi saya mahu sampaikan dia seorang yang sangat baik. “Dia membawa saya kepada pemikiran dan kehidupan yang lebih positif dan hubungan kami seimbang,” akuinya lagi. Pun begitu, Joon Ki akui sedang menjalani fasa bahagia apabila dua impian terbesarnya iaitu memiliki keluarga dan anak tercapai. - CARI
|
eyansss replied at 27-2-2023 04:41 PM
minat dia masa running man je… pastu hilang minat mostly lepas kes dia bercerai dengan ex dia…
samperit replied at 27-2-2023 11:02 PM
x pernah tgk cite dia langsung. xminat langsung xtau knp. best ke dia berlakon yan?
eyansss replied at 27-2-2023 04:41 PM
minat dia masa running man je… pastu hilang minat mostly lepas kes dia bercerai dengan ex dia…
eyansss replied at 27-2-2023 11:18 PM
sejujurnya tak pernah tengok movie dia kecuali yang descendants tu... tu pun tengok klip2 kat fb. ...
Cpkay replied at 3-3-2023 10:18 AM
muka alter ke you.. nampak natural je tu
borrow replied at 3-3-2023 09:51 PM
Antara gosip , wife dh ada sorang anak. So tak betul ek.
Neway cer tgk "A warewolf boy". Berkesan b ...
primarikey replied at 4-3-2023 06:28 PM
Cite tu masa dia remaja kn..belasan tahun..nmpk comel je dia
ADVERTISEMENT