Ciapan seorang gadis di Twiter mendapat perhatian warga maya selepas berkongsi keluhan sebagai individu yang sudah lebih 10 tahun memakai cermin mata. Bukan apa, rasa serba salah menyelubungi diri kerana rasa seperti menjadi beban kepada ibu bapanya yang dikurniakan anak yang agak ramai. "Mak ayah saya tanggung lapan orang anak dengan kerjaya yang biasa. Tiap kali kena beli rasa bersalah gila," ujar gadis yang menggunakan nama akaun @ddgafdat itu. Malah, dia yang dikenali sebagai Patin serba-salah kerana terasa dirinya menyusahkan tidak seperti adik-beradik yang lain untuk berhabis duit untuk cermin mata.
Ciapan Patin yang mendapat perhatian ramai membuktikan bukan dia sahaja berasa demikian, ramai juga individu lain menyuarakan kegusaran sama sehingga ada yang menggunakan cermin mata lama biarpun boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa. - CARI
|
Thunderclouds replied at 27-2-2023 04:19 AM
Sekolah lg ka?
Sekolah ank iols pibg bagus.
Buat program bg free glasses utk budak²rabun.
bynroslan replied at 28-2-2023 04:48 PM
aku dah keje ni pun seboleh bolehnya nak cari yg frame + lens hihihi
nakkomenjugak replied at 27-2-2023 02:24 PM
iol punya pun dah 400...
itu pun disuruh tambah uv ray filter apa kejadah tu semua
soksek 700+ juga ...
LadyCarefree replied at 28-2-2023 03:47 PM
Dah kerja ada gaji pi buat lasik la
ADVERTISEMENT