Tular di Twitter mengenai seorang penduduk di kawasan perumahan yang majoritinya beragama Islam, menjadikan babi sebagai haiwan peliharaannya. Tindakannya itu dipersoal ramai yang ingin mengetahui sama ada perbuatan itu dibenarkan di sisi undang-undang.
Terdahulu pemilik haiwan itu yang tidak didedahkan namanya, meminta orang ramai berhenti mempersoalkan tindakannya membela haiwan tersebut. "Boleh tak awak semua jaga hal masing-masing? Dunia ini aman sekiranya orang-orang seperti awak semua ini tidak menyibuk dengan hal orang lain. "Disebabkan awak semua, sekarang saya kena tinggalkan 'baby' saya. Tak apa, saya akan pulih dan awak akan dapat balasannya," katanya.
Hantaran di Facebook itu kemudian dibalas beberapa individu yang mendakwa pernah melihat dia membawa babi tersebut yang ketika itu masih kecil berjalan-jalan di sebidang tanah kosong. Justeru, netizen memberi teguran secara baik kerana kawasan kejiranan itu juga didiami jiran beragama Islam. Pemilik haiwan berkenaan yang menjawab dia faham dan hormat pada jiran-jiran, bagaimanapun menafikan ada membawa haiwan peliharaannya keluar dari rumah dan hanya dilepaskan di halaman belakang rumahnya sahaja. Malah, dia menyifatkan haiwan peliharaannya itu sebagai haiwan yang sangat jinak. - CARI
|
Samerosie replied at 24-2-2023 06:56 PM
Sama lah kut kalau non muslim neighbour bela anjing lagi berat najis dia tapi kenapa babi ni dipenal ...
dua_chzy replied at 24-2-2023 07:51 PM
Sedihnya babi heshe. Babi peliharaan dok kat kampung lagi cantik dan bersih akak tengok. Kot ye pun ...
SalenaGomez replied at 24-2-2023 07:17 PM
Babi ni kuman dia lg lebih kot dr anj, pastu kotor kot…ada je kajian saintifik boleh rujuk n baca ...
LadyCarefree replied at 24-2-2023 07:56 PM
kalau kat kawasan rumah dia dan tak ganggu ie bau kotor bising, lantak dia lah. Lagi jijik perangai ...
krustykrab replied at 24-2-2023 08:17 PM
Iols yg jiran bela kucing, burung ayam ni pun dah pening dgn bau bauan. Plus dgn perangai jiran yg ...
SalenaGomez replied at 24-2-2023 08:19 PM
Kannnn….well known kot haiwan pengotor…
krustykrab replied at 24-2-2023 07:18 PM
Mana chuols tau tak ganggu jiran²?
krustykrab replied at 24-2-2023 07:17 PM
Iols yg jiran bela kucing, burung ayam ni pun dah pening dgn bau bauan. Plus dgn perangai jiran yg ...
LadyCarefree replied at 24-2-2023 08:23 PM
Baca balik laaaaaaa
LadyCarefree replied at 24-2-2023 08:24 PM
siapa suruh duduk bergelumang dgn b40 pprt?
ADVERTISEMENT