CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Scam, BNM Kuat Kuasa Dasar ‘Kill Switch’ Untuk Pengguna Bekukan Akaun Sendiri

24-2-2023 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1757| Komen: 10


Dasar ‘Kill Switch’ akan dikuatkuasakan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan pengguna segera membekukan akaun mereka termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bertujuan menangani jenayah penipuan dalam talian atau ‘scam’ yang semakin parah di negara ini.

“Untuk tahun 2022 sahaja, lebih 25,000 jenayah ini direkodkan dengan kerugian sebanyak RM850 juta.


Gambar hiasan

“Walaupun kerajaan telah menubuhkan National Scam Response Centre (NSRC), tetapi belum ada dasar seragam dalam menangani isu ini kerana setiap institusi perbankan mengeluarkan garis panduan masing-masing.

“Bagi mengukuhkan peranan NSRC, sejumlah RM10 juta disediakan bagi geran pengoperasian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia di Dewan Rakyat pada Jumaat.


Sementara itu, ujar Anwar, perkhidmatan kerajaan perlu cerdas mengadaptasi teknologi dan pendigitalan bagi mengurangkan kerenah birokrasi.

Menurutnya, inisiatif anjakan baharu juga diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan daya perkhidmatan awam yang terbaik untuk rakyat.

“Sebuah Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah ditubuhkan untuk menerajui hasrat ini.

“Dana akan disediakan bagi pelaksanaan projek rintis oleh kementerian yang boleh menambah baik perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di bawah STAR.

“Kementerian yang berjaya akan diberikan peruntukan penuh untuk pelaksanaan projek di peringkat nasional,” ujarnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengambil langkah strategik dengan menaik taraf perkhidmatan MyGovCloud.

Ulasnya, langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam sektor awam berfungsi dengan lebih berkesan.

“Perkhidmatan ini mampu berfungsi secara hibrid dengan turut menggabungkan perkhidmatan ‘public cloud’ oleh ‘cloud service provider’ yang dilantik kerajaan.

“Kerajaan akan memastikan lebih banyak pusat data dapat dibuka di Malaysia dengan memberi imbuhan cukai dan infrastruktur keselamatan yang berpatutan, kemudahan tenaga hijau dan lokasi untuk membuka pusat ini,” menurutnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 24-2-2023 06:35 PM
Beku akaun sendiri? Bleh tak enable pembekuan akaun scammer skalik?

Iols tazzabaaarrr nak pergi report kat BNM neh
Quote batu kikir 24-2-2023 10:10 PM
Edited by batu kikir at 24-2-2023 10:12 PM

Aku nak guna banking cara lama. Nak keluar duit, mesti ada
1. buku savings
2. isi borang pengeluaran
3. pastikan ada i/c
4. ambil no token
5. tunggu sehingga nombor dipanggil
6. bila nombor dipanggil, ambil duit dari kasyer.

Ini paling safe punya banking transaction. Bank ada rekod, customer pun ada rekod. Nak scam susah. Bolih match amount.....tak macam sekarang customer bergantung bulat2 pada Bank. Kalau ada orang Bank yg jahat yg bolih keluarkan RM1 dari semua pendeposit sebulan sekali.....memang kayalah orang tu without customer knowing. Then....tak de charge tak seperti guna ATM. Charge yearly la. Buta2 Bank buat duit. pundek

Bank mangkok ayun Malaysia ni memang macam sial. Customer servis tak de. Tahunya nak buat duit je
Quote krustykrab 24-2-2023 10:14 PM
green~tea replied at 24-2-2023 06:35 PM
Beku akaun sendiri? Bleh tak enable pembekuan akaun scammer skalik?   

Iols tazzabaa ...

Patut pmx bg hak pada customer utk saman bank kalau diorg tak nk  suspend akaun scammer jika kita dh ada bukti n report polis.
Quote cmf_almondpecan 24-2-2023 10:29 PM
batu kikir replied at 24-2-2023 10:10 PM
Aku nak guna banking cara lama. Nak keluar duit, mesti ada
1. buku savings
2. isi borang pengeluaran ...

Scammer tukar jadi peragut dan perompak pulak tunggu luar bank atau mengekor sampai rumah. Aduh.

Sebenarnya pakai buku bank ni pun ada masalahnya bila orang dalam curi duit. Makcik saya memang pakai buku untuk transaksi amanah saham dengan PNB. Duit dia kena withdraw 20,000 cash tanpa pengetahuan dia dari salah satu bank yang kendalikan dana PNB. Dah lama baru dia tau. So bila buat report polis nak check tu cctv dah override. Dengan covid pulak dengan apa so tak dapat check. Staf pun dah takde. Nak check takde trace sebab keluar cash. Kalau ada online transaction bolehlah trace.
Quote ladybugz 25-2-2023 11:41 AM
sepatutnya online transactions lebih selamat. ni bertaun2 berbilion2 duit rakyat dah lesap boleh lg ambik ringan perkara ni. scammer ni sbnrnya jauh lebih parah dari corruption kat malaysia ni. sbb mungkin melibatkan org2 berkepentingan jugak. tu yg scammer pun dah brani tunjuk muka.
Quote mojarean_X 25-2-2023 11:44 AM
batu kikir replied at 24-2-2023 10:10 PM
Aku nak guna banking cara lama. Nak keluar duit, mesti ada
1. buku savings
2. isi borang pengeluaran ...

Pekerja cawangan bank tersenyum sinis melihat barisan panjang mengambil nombor
Quote domestobot 25-2-2023 11:59 AM
agaknya orang BNM juga yang payung scammer2 ni. tu yang lambat la benar nak ambil tindakan.
Quote _blackbird 25-2-2023 12:26 PM
batu kikir replied at 24-2-2023 02:10 PM
Aku nak guna banking cara lama. Nak keluar duit, mesti ada
1. buku savings
2. isi borang pengeluaran ...

apa2 system pon ada flaw. kita buat itu sistem, bukan sistem buat kita. mmg boleh exploit. *pencuri 1 sen tersenyum sinis*
Quote CiliPadiSedap 25-2-2023 12:41 PM
batu kikir:    Edited by batu kikir at 24-2-2023 10:12 PM  Aku nak guna banking cara lama. Nak keluar duit, mesti ada1. buku savings2. isi borang pengeluaran3. pas ...


scam zaman buku ialah scam pukau je. sembur asap muka atau sentuhan fizikal pergi bank duit licin.

Quote monreyes 25-2-2023 04:36 PM
kalau x nak kena scam, jgn guna smart phone and internet banking...
ni dah tua nak masuk kubur tapi hp x lps dari tangan...
ntah apa nak browse klik sana sini pun aku x tau lah...
baik lah kepit kitab atau buku agama....
bila duit hilang pandai nak saman bank....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.148114 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top