Nampak seperti permainan biasa yang murah, namun dua bebola bertali Lato-lato di Indonesia menular ke Malaysia. Baik kanak-kanak mahupun yang tua, semakin ramai ketagih menghayun lato-lato, siap ada pertandingan lagi dan hadiah ditawarkan juga bukan calang-calang seperti motosikal, mesin basuh dan wangtunai. Pun begitu, permainannya tidak 'mesra alam' dan bunyinya sangat mengganggu bagi mereka yang tiada kesabaran. Begitulah yang turut dilalui seorang wanita ini apabila berkunjung ke sebuah surau awam untuk menunaikan solat, lapor Kisah Dunia. Ketika jemaah lain sedang menunaikan tanggungjawab masing-masing, kelihatan dua kanak-kanak asyik bermain ‘lato-lato’ hingga mengganggu orang sekeliling.
Meskipun cukup marah dengan kejadian berkenaan, namun dia hanya mampu bersabar mengenangkan ia adalah tempat awam. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa melihat perkongsian Rosnani itu. Ramai berharap ibu bapa kanak-kanak berkenaan membuat teguran lebih keras supaya perkara sedemikian tidak berulang. - CARI
|
ADVERTISEMENT