MERSING – Operasi Mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang hilang ketika mendaki di Pulau Mawar yang mula digerakkan sejak minggu lalu dihentikan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, SAR yang melibatkan pelbagai agensi dan aset tersebut ditamatkan selepas lima hari dilancarkan. “Jika ada maklumat operasi akan disambung semula,” katanya ketika dihubungi di sini. Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 19, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Makmur, Kluang sejak Rabu lalu. Mangsa yang sedang bercuti semester meninggalkan motosikalnya di Pulau Mawar bagi membolehkannya melakukan aktiviti mendaki di pulau tersebut bersendirian. Sementara itu, bapa mangsa Ishak Kamis, 58, berkata, dia dan ahli keluarganya akan meneruskan pencarian Muhamad Akmal di pulau berkenaan.
Usaha menggunakan bantuan pengamal perubatan Islam juga digunakan untuk mengesan Muhamad Akmal yang disyaki masih berada di pulau tersebut. “Kita cuba berusaha setakat yang termampu. Buat masa ini saya teruskan dengan bantuan pengamal perubatan Islam. Ada ustaz datang secara sukarela untuk membantu kami. “Kami juga mengalu-alukan siapa yang hendak membantu. Kebanyakan mereka datang sendiri untuk membantu, tidak dipanggil. Ada juga yang bantu mengadakan solat hajat. Setakat ini, lebih lima ustaz yang menghulurkan bantuan. “Rata-rata mereka cakap Muhamad Akmal ada dalam pulau itu lagi dan kami juga dapat rasa dia masih ada di dalam,” katanya. Tambahnya, ekoran kehilangannya anaknya itu, isterinya, Saniah Bidin, 53, juga tidak sihat dan pernah dimasukkan ke Hospital Mersing kerana sakit dada dipercayai kerana terperanjat. -CARI Sumber: Kosmo
|
pooh~key replied at 10-2-2023 10:20 AM
Bahi apa pulak ni dekkkk? Bagilah dek.
ADVERTISEMENT