CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doa Untuk Bekas Suami Termakbul, Elly Ariffin Gembira Jiggy Nak Kahwin Dengan Dhabitah Sabri

8-2-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 449| Komen: 2

"Saya tumpang gembira apabila dapat tahu dia sudah temui pasangan dan bakal berkahwin," kata bekas isteri pelawak, Jiggy Masin yang juga pelakon, Elly Arifin ketika ditanya mengenai desas-desus mengatakan bekas suaminya itu bakal berkahwin dengan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.


Elly berkata, dia mendoakan segala apa yang dirancang pasangan itu dipermudahkan.

Foto: IG

"Sebenarnya saya sudah tahu cerita ini sejak tahun lepas lagi, tapi bukan daripada mulut dia sendiri. Cuma ketika kami sama-sama terbabit dalam program Muzikal Lawak Superstar di Astro tahun lalu, saya ada cakap jangan lupa jemput kalau dah nak kahwin.

"Sebagai bekas isteri sudah tentu saya gembira apabila dia bakal menamatkan zaman solo dengan wanita pilihannya. Lagipun Jiggy juga adalah bekas pemain hoki kebangsaan sebelum ini. Saya percaya Dhabitah boleh menjaga dia lebih baik daripada saya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Elly, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dalam apa juga keputusan yang dibuat selepas mereka berpisah dua tahun lalu.


"Saya selalu mendoakan supaya dia temui jodoh dengan cepat sebab saya tak nak dia rasa kesunyian seperti yang saya rasakan sekarang.

"Saya bukan nak cakap yang saya sunyi memanjang, tapi sudah tentu setiap orang perlukan pasangan sebagai peneman. Saya rasa Allah telah makbulkan doa saya," katanya.


Sementara itu, usaha  untuk mendapat kenyataan Jiggy tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak berjawab.

Terdahulu, timbul gosip mendakwa Jiggy dan Dhabitah sedang hangat bercinta dan sedang menyusun langkah untuk bernikah tidak lama lagi.


Elly dan Jiggy mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas empat tahun bercinta. Namun, jodoh terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-2-2023 08:28 AM
who are yusssss
Quote Nizleen86 9-2-2023 01:01 AM
Entahlah yg iols kenal cuma si dhabitah je

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.028160 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top