CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Yura Yunita Pernah Murung Dikata Terlalu Pendek Sebagai Penyanyi

3-2-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1100| Komen: 1

Hampir 10 tahun mencipta nama, penyanyi, Yura Yunita meluahkan isi hatinya yang pernah diselubungi perasaan kurang keyakinan ketika mula-mula menceburi bidang seni di Indonesia.

Penyanyi kelahiran Bandung ini pernah berdepan kemurungan lantaran berdepan stereotaip, selain dikatakan tidak memenuhi piawaian standard untuk muncul sebagai penyanyi lantaran kurang tinggi.


“Ketika masuk industri hiburan, saya baru 15 tahun dan orang di sekeliling selalu bercakap saya kurang tinggi. Saya dikatakan terlalu pendek untuk berdiri di pentas sebagai penyanyi.


IG

“Sedangkan ketinggian saya sudah ditentukan Tuhan dan tidak boleh diubah. Disebabkan itu, saya pernah murung seketika dalam hidup,” katanya yang beraksi dalam konsert sulung di negara ini di Zepp KL, malam tadi.

Yura yang pernah menyertai program realiti, The Voice akhirnya menemui kekuatan dalam hidup apabila dikelilingi individu yang positif.


Tegasnya, dia tidak pernah patah semangat dan perlu menjadi wanita cekal dan tidak mudah mengalah dengan pandangan yang boleh merosakkan hidupnya.

“Saya dikelilingi wanita luar biasa, termasuk ahli keluarga dan kawan-kawan. Mereka sentiasa memberikan dorongan supaya jangan mudah mengalah dengan kata-kata orang lain.

“Saya perlu berani mengambil keputusan terbaik untuk diri sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi? Hal-hal yang menyakitkan hati dahulu akhirnya menjadikan saya lebih kuat hari ini,” jelasnya.


IG

Penyanyi berusia 31 tahun itu mendendangkan 17 lagu pada acara Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur selepas dua tahun menyimpan impian untuk beraksi secara langsung di hadapan peminat di negara ini.

Katanya, dia membawakan lagu terbaik sepanjang konsert antaranya Tutur Batin dan Dunia Tipu-Tipu.

“Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Ini adalah antara impian yang berjaya direalisasikan, membuatkan saya sangat bersyukur dengan komitmen diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini.

“Paling indah, Kuala Lumpur merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya, Yura memberitahu, konsert itu juga menjadi pentas terbaik untuk dia berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai anak seni, tetapi juga wanita dan isteri.

“Sejak album pertama, Yura sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang saya kongsikan bersama peminat menerusi karya.

“Konsert ini menjadi pentas buat saya dan peminat berkongsi rasa. Setiap kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti apa yang saya lalui,” katanya.

Yura merupakan rakan duet mendiang Glenn Fredly dalam lagu, Cinta Dan Rahasia, selain pernah menerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik pada Anugerah Muzik Indonesia 2017 (AMI 2017) dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik (AMI 2018). 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laicibiru 27-2-2023 09:32 PM
hebat juga pencapaian sheols

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top