Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik foto anaknya, Noah Aidan Sinclair menerusi Instagram Stories (IGS) miliknya pada Rabu. Menerusi perkongsian tersebut, BCL sempat merakamkan momen hari pertama anak tunggalnya itu memulakan persekolahan sebagai pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) sebelum menghantarnya ke sekolah.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah, kelibat binatang peliharan BCL yang dilihat lincah mengikuti Noah ke kereta. Susulan video tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan BCL memelihara anjing di dalam rumahnya memandangkan penyanyi itu beragama Islam. Namun, ada juga yang tampil menjelaskan bahawa penduduk Indonesia sudah sinonim dengan cara hidup dan pemahaman sebegitu. Sumber: XTRA
|
royaldanish replied at 2-2-2023 11:00 PM
Ini biasaaaaaaa aja - kata indon urban
anony-mous replied at 4-2-2023 04:46 AM
Ingatkan kakbab yg mencemar duli turun komen td
ADVERTISEMENT