CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negeri Yang Ada Undang-Undang Berpoligami Paling Mudah- Tak Payah Sampai Ke Siam, Kahwin Di Kelantan Lagi Murah

2-2-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1125| Komen: 10

Kota Bharu: Undang-undang untuk berpoligami di Kelantan dikatakan paling mudah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Justeru, bagi mereka yang mahu berpoligami, tidak perlu pergi sehingga ke Thailand memandangkan ia boleh dilakukan di Kelantan dengan kos yang jauh lebih murah.


Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, mereka yang mahu berpoligami hanya perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah.


Gambar Hiasan

"Mahkamah akan mempertimbang empat perkara iaitu pertama jika perkahwinan dicadangkan itu adalah patut atau perlu. Salah satunya perlu ada dan perkara ini berbeza dengan negeri lain kerana perlu kedua-duanya sekali iaitu patut dan perlu.

"Perlu kahwin kenapa? kerana isteri mandul atau dia uzur dan tidak layak untuk 'bersama'.

"Aspek patut pula sebagai contoh seorang lelaki itu mempunyai harta yang banyak, maka patut tambah isteri seorang lagi.


"Selain itu akan turut diteliti adalah mampu ke tidak seseorang lelaki itu menyara isteri dan anak-anak selain mampu berlaku adil atau sebaliknya.

"Perkara seterusnya pula perkahwinan kedua itu tidak mendatangkan kemudaratan yang menyentuh nyawa seperti isteri pertama terjun jambatan sebab mahu bunuh diri disebabkan suami berkahwin lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Suratemi berkata, mereka yang perlu hadir ke mahkamah iaitu bakal pengantin lelaki, bakal isteri kedua, wali isteri kedua, isteri pertama serta dua orang saksi.

"Mereka ini dipanggil bagi mengetahui sama ada bakal pengantin lelaki ini benar-benar mampu selain mengesahkan perkahwinan itu mendapat keizinan wali bakal isteri kedua.

"Kehadiran isteri pertama di mahkamah pula sekadar mahu memaklumkan perkara itu, namun sekiranya seorang suami memaklumkan isteri tidak dapat hadir disebabkan keuzuran dengan disertakan laporan kesihatan, mahkamah boleh menggugurkan isteri daripada dipanggil atau dimaklumkan," katanya.

Terdahulu tular video di TikTok berhubung penjelasan undang-undang poligami di Kelantan lebih mudah berbanding negeri lain.

Mengulas perkara itu, Suratemi berkata, video berkenaan bukan bertujuan menggalakkan lelaki berpoligami.

"Sebaliknya, kita tidak mahu mereka mengambil jalan mudah dengan berkahwin di Thailand kerana sah atau tidak di negara berkenaan pun kita tidak tahu.

"Malah harga untuk bernikah di Thailand pun mahal sehingga mencecah ribuan ringgit sedangkan perkahwinan di sini jauh lebih murah.

"Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang berkahwin di Thailand disebabkan mereka tidak mahu perkahwinan itu diketahui oleh isteri kedua.

"Mereka memilih untuk meminta maaf di lain waktu berbanding meminta izin," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 2-2-2023 04:13 PM
@Dunhill tersenyum meraikheun....

@Oshin," Bantal dah letak kt luar serambi malam ini"


Wakahkahkahkahkah
Quote Zeatyisaac 2-2-2023 10:21 PM
Tipulah, my friend orang Kelantan. Dia pun kahwin kat Siam sebagai isteri kedua. Nak mohon senang, nak lulus tu susah.
Quote kakikuDibibirmu 2-2-2023 11:02 PM
kalau tak mari tidur, kalau tak mari tidur, sampai 3 bule, sampai 3 bule, maka terjatuhlah talaknya, maka terjatuhlah kereta tolaknya  

[youtube]c49bNrVoyJE[/youtube]

http://youtu.be/c49bNrVoyJE

aku terima nikahnya dengan isi kambing sebanyak tersebuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttt
Quote airfilterkotor 3-2-2023 01:07 AM
"Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang berkahwin di Thailand disebabkan mereka tidak mahu perkahwinan itu diketahui oleh isteri kedua.


Atau aku yang salah baca...?
Quote spankee_fili 3-2-2023 07:39 AM
Kena panggil isteri pertama juga.. baik ke siam, tak tanya banyak soalan pun, pengantin laki setuju perempuan setuju haa akad ler..
Quote rosedemon 3-2-2023 08:35 AM
pakat2 dtg kelate bohhhh
Quote Suchi 3-2-2023 08:47 AM
"Aspek patut pula sebagai contoh seorang lelaki itu mempunyai harta yang banyak, maka patut tambah isteri seorang lagi.

So kalau lelaki tu byk duit mcm ponder2 produk, jutawan porex mmg digalakkan tambah bini laa ekk, gitu sapa tanak bermadu kawen ngn jantan semekin jelaa
Masalahnya hat bewak pun berangan gak nak tambah bini, lg aneh ada gak yg nak jadikan dia laki.
Quote naina 3-2-2023 09:43 AM
Orang laki ni kalau ko dah bahagia dengan bini yang sedia ada kenapa eh sanggup serabutkan kepala tambah bini lagi. Takda masalah cari masalah.
Quote stingerpressor 3-2-2023 09:49 AM
naina replied at 3-2-2023 09:43 AM
Orang laki ni kalau ko dah bahagia dengan bini yang sedia ada kenapa eh sanggup serabutkan kepala ta ...


Yg serabut ko atau laki ko?

Kalau dia bersedia menggalas tanggunjawab.....kenapa ko korner seolah questioned his desire dgn menuduh ia mencari bala sedangkan its more of you yg takmo kongsi pelir?

Dgn ko dia bahagia...tambah sorang lagi dia bertambah bahagia....apa masalah ko?

Bukankeww antara sebaik baik perhiasan diatas muka bumi ini adalah seorang isteri yg soleh? Dan antara ciri isteri yg soleh iteww melihat suaminya bahagia? Dan bahgia suami iteew juga adalah bahagia isteri jua?

Nak respond? Atau lebih baik matikheun diri ko dari respond ?



Quote stingerpressor 3-2-2023 09:52 AM
rosedemon replied at 3-2-2023 08:35 AM
pakat2 dtg kelate bohhhh

Dah book date bulan jun cuti sekolah ini....utk teman...

Wakahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.223604 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top