CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selalu Dibuli, Dipaksa Kerja Lebih Masa- Pengawal Keselamatan Tikam Mati Majikan

2-2-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 863| Komen: 5

Seorang pengawal keselamatan bertindak nekad menikam majikannya sehingga mati kerana mendakwa dirinya dibuli dan dipaksa bekerja lebih masa.

Sawat Sriratchalao, 44, telah ditahan selepas dia menikam Arom Bunnan, 56, dengan menggunakan pisau berukuran 33 sentimeter (cm) di bahagian dada, dalam kejadian pada 1 Februari (Rabu).



Foto: Metro UK

"Saya sudah lama marah kepada bos saya. Kadang-kadang saya tidak dapat tidur kerana terlalu tertekan memikirkan mengenai dirinya," kata Sawat kepada pihak polis sejurus selepas penahanannya.

"Dia membuli saya dan selalu bercakap kasar dengan saya. Walaupun ketika saya sudah pulang ke rumah, kata-katanya tetap bermain di kepala saya," katanya lagi.

Kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan Arom seakan-akan sedang merayu serta memohon belas ihsan daripada Sawat ketika berada di tempat letak kereta di Lumpini Park.


Selepas menikam Arom, Sawat melarikan diri dengan menggunakan motosikal sementara mangsa pula rebah dalam keadaan berlumuran darah.

Arom dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat cedera terkena tikaman di bahagian kiri dada.

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan Sawat di rumahnya.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan membunuh. -CARI

Sumber: mStar/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-2-2023 06:17 PM
Kena dengar dua pihak kalau kat porum [em:11:]

org2 teraniaya ni jgn buat main2. sampai satu tahap mmg mengamuk.
Quote Adrif 2-2-2023 07:05 PM
kerana pulut, santan binasa
kerana mulut, badan binasa
Quote intan244 2-2-2023 08:13 PM
mgkn x tahan sgt sampai dah bersedia dgn apa sahaja akibat. org camni dia x menyesal.
tp kalau iols lari jela, kalau ada xbest apa kat tempat kerja resign terus xde backup apa. xpenah menyesal lnsg sentiasa yg mendatang itulah yg lebih baik.
Quote rosedemon 3-2-2023 08:34 AM
pdan muke mmg elok mati
Quote imanjannah 3-2-2023 06:06 PM
sian dekat dia, mesti dah x tahan sgt, tapi bila sabit kesalahan, dia pun akn di hukum juga, mmg sian

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056185 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top