CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pegawai Bank Dipulaukan Anak Sebab Jadi 'Naga' Tanpa Jantina

2-2-2023 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1410| Komen: 9

Seorang lelaki berusia lewat 40-an dipulaukan anak lelakinya selepas mengubah dirinya menjadi 'naga' tanpa jantina.

Richard Hernandez yang kini dikenali sebagai Medusa bersempena watak mitologi Yunani itu berkata, dia sudah tidak mahu mengikut resam dunia korporat.



Jam Press

"Sebelum menjalani kehidupan sebagai manusia pelik, saya sudah ada 79 tindikan, kebanyakannya tersorok," jelasnya dalam satu temu bual bersama YouTuber, Anthony Padilla.

Bekas pegawai bank dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu berkata, dia ingin menambah lebih banyak tindikan yang kemudian menyebabkan dia tidak sesuai berada dalam dunia kewangan sebelum meneruskan 'cita-cita' menjadi naga.

Sejak itu, Medusa telah mencacah tatu di wajahnya, membelah lidah serta memasukkan implan tanduk di dahi yang berharga kira-kira AS$80,000 (RM341,280).

Namun harga yang lebih mahal perlu dibayar Medusa apabila dia dipulaukan anak lelakinya yang tidak menerima 'modifikasi' tubuh ayahnya itu.

"Hubungan dengan anak lelaki saya sudah berubah," katanya.

Difahamkan, anaknya berusia 16 tahun ketika Medusa memulakan projek menjadi 'naga'.

Mereka sudah tidak bertemu selama tujuh tahun.

Katanya, dia ingin membuktikan kepada orang lain mereka boleh berjaya dan menjadi tidak konvensional dalam masa yang sama. 


Sumber: Sinar Harian/Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 2-2-2023 03:02 PM
anak ko pun x mengaku ko bapak sbab jadi aneh2 cmni
Quote ayukpingu 2-2-2023 03:08 PM
scary nya upa
Quote airmineral 2-2-2023 03:14 PM
mmg menakutkan weyyyy
Quote cikatilia 2-2-2023 03:18 PM
dah rupa gitu jiran pon xnak ngaku kenai sama kau
Quote sharlenetexas 2-2-2023 03:19 PM
Sewel ke?

Quote batmana 2-2-2023 03:34 PM
Sakit jiwa..serupa geng lgbtqrstuvwxyz tu.  Masing2 mental nk jadi benda lain
Quote gideoncross 2-2-2023 05:18 PM
batmana replied at 2-2-2023 03:34 PM
Sakit jiwa..serupa geng lgbtqrstuvwxyz tu.  Masing2 mental nk jadi benda lain

Pstu nnti sorg2 Woke, x boleh d jentik skit, hbis kluar mogok kat tngh2 jln rya ats alasan human rights.
Quote rogayahtop 2-2-2023 06:25 PM
bolehla dtg malaysia ramai biawak, jantan ada betina ada.
Quote intan244 2-2-2023 07:58 PM
the road not taken

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.300365 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top