CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur Baru 7 Tahun, Dah 50 Kali Patah Tulang

2-2-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1118| Komen: 5

Kuala Terengganu: "Jangankan kata terjatuh, dalam keadaan hanya tersentak dan terkejut saja sudah memadai mengakibatkan tulang anak saya patah," kata Norhayati Tiimat, 40, dari Losong Haji Su, dekat sini.


Menurutnya, anaknya, Muhammad Raihan Jamaluddin, 7, menderita penyakit tulang lembut sejak dilahirkan dan hingga kini dia anggarkan lebih 50 kali anaknya mengalami kepatahan tulang.

Katanya, setiap satu atau dua bulan pasti berlaku kejadian patah tulang dialami anaknya sama ada tulang lengan, peha mahupun bahu.


Foto: Harian Metro

Norhayati berkata, tiga anggota itu amat sensitif dan mudah patah walaupun anaknya hanya tersentak atau terkejut dengan persekitaran sekeliling.

"Kali pertama tulang tangan Muhammad Raihan patah ketika usianya 40 hari dan ketika itu saya amat cemas memandang usianya yang masih kecil.

"Kini kegusaran itu kurang sedikit memandangkan saya sudah tahu tulang anak saya mudah patah namun tetap berhati-hati bagi mengelak kejadian sama kerap berulang.


"Kali terakhir tulang Muhammad Raihan patah pada Januari lalu dan setiap kali patah saya akan membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurutnya, memandangkan tulang anaknya amat sensitif dan mudah patah, Muhammad Raihan kini tidak dapat bersekolah dan setiap hari dia akan membawa anaknya menemaninya di bangsal menjahit kasut.

Katanya, sejak kematian suami empat tahun lalu, dia mengambil tugas sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai penjahit kasut bagi menampung perbelanjaan harian dan sewa rumah.

Norhayati berkata, arwah suaminya, Jamaluddin Yaacob meninggal dunia akibat penyakit jantung dan dikategori orang kurang upaya (OKU) cacat fizikal.

Menceritakan penyakit yang dialami anaknya, Norhayati berkata, setiap kali anaknya mengalami patah tulang dia akan membalut bahagian yang patah sebelum membawa anaknya ke hospital.

"Anak saya boleh berkomunikasi seperti biasa dan apabila mengalami kejadian patah tulang biasanya dia menangis kesakitan.

"Namun, penyakit ini tiada ubatnya dan saya perlu menjaga anak saya seperti bayi kerana Muhammad Raihan, tidak boleh makan dan minum secara sendiri kerana ia perlu disuap selain tidak boleh berjalan," katanya.

Menurutnya, paling ketara dapat dilihat adalah kesan patah padan lengan dan lembutnya tulang itu hinggakan bahagian sama boleh kembali patah apabila berlaku sama ada tersentak mahupun terhantuk.

Katanya, dia pernah juga membawa anaknya mendapatkan rawatan tradisional untuk membetulkan kembali tulang yang patah namun kejadian sama tetap berlaku apabila tulang anaknya sering patah.

"Mujur saya boleh menjahit kasut sekurang-kurangnya anak berada di hadapan mata saya setiap masa," katanya.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah datang melawat dan melihat permasalahan anaknya dan menasihatkan supaya anaknya dihantar ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain.

Namun katanya, memandangkan penyakit anaknya agak rumit kerana sekiranya tersilap boleh mengakibatkan patah tulang dan dia pula perlu bekerja bagi menyara kehidupan membuatkan dirinya dalam dilema untuk membuat keputusan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 2-2-2023 03:13 PM
kesiannya lah.. ni kalau hantar sekolah.. setiap minggu mau patah tulang agaknya.. kawan tu langgar..  kalau masuk kelas khas pon.. sejauh mana dia bole berdikari.. bole ke guna wheel chair..

semoga dipermudahkan urusan keluarga ni..
Quote intan244 2-2-2023 07:55 PM
kesiannya. jkm tolong x mai ritu. baitulmal pon patut bagi jugak bulan2x nak jaga bukan senang. dia ada anak lain dak.
Quote awanearisu 2-2-2023 08:33 PM


336ec0cc-6520-44df-9452-9b93bc2199fd_text.gif
Quote rosedemon 3-2-2023 08:33 AM
sian ek. knp yg slalu skt truk2 org miskin. ce bg org kaya nun kan senang nak merawat
Quote Honey_Inara 3-2-2023 09:59 AM
Siannya.. keluarga sebeginilah yang selayaknya perlu dibantu!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.085283 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top