CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabinet Bayangan PN

2-2-2023 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4520| Komen: 25

Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

Senarai itu dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.




Berdasarkan senarai itu, Muhyiddin dilantik sebagai ketua, manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan sebagai timbalan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula kekal menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang disandang beliau ketika dalam kerajaan sebelum ini.

Turut dikekalkan dalam portfolio sama ketika dalam kerajaan sebelum ini adalah Ahli Parlimen Beluran yang kuga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.


Beliau sebelum ini menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang kini dijenamakan semula kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad juga turut dikekalkan dalam portfolio Mwnteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pula ke Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.


Loading FB Post...

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Secara keseluruhan PN menyenaraikan 26 senarai kementerian dan ahli kabinet kerajaan bayangan itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 2-2-2023 02:45 PM
Dah x lama dah tu. Bersiap sedia jelah
Quote zulfahmimaidin 2-2-2023 02:59 PM
mimpi sungguh depa nih, tapi xpe lah hak masing, tunggu rakyat tentukan
Quote jejaka_hensem 2-2-2023 03:02 PM
Berceretek halus2 kat bawah tu
Quote jejaka_hensem 2-2-2023 03:03 PM
Berceretek halus2 kat bawah tu
Quote jejaka_hensem 2-2-2023 03:03 PM
Berceretek halus2 kat bawah tu
Quote zehra2 2-2-2023 03:07 PM
ni je laa kerja ahli politik negara kita.. asyik fikir camne nak dpt jawatan..
camne nak dpt kuasa..
nak memulihkan nasib rakyat ni ntah bila..
Quote zamzam 2-2-2023 03:07 PM
This is good. setiap mp pembangkang memantau setiap kementerian.  Jadi apa2 masalah dorang maklum. Xder lah asal boleh membangkang dan jadi sarkas di parlimen memekak tanpa usul periksa.
Quote alesandra 2-2-2023 03:10 PM
mojarean_X replied at 2-2-2023 02:45 PM
Dah x lama dah tu. Bersiap sedia jelah

Mimpi basah jela.pmx dah mencakar semua pintu istana  benua melayu.
Quote zamzam 2-2-2023 03:11 PM
zehra2 replied at 2-2-2023 03:07 PM
ni je laa kerja ahli politik negara kita.. asyik fikir camne nak dpt jawatan..
camne nak dpt kuasa.. ...

Kau xtau butir perkara jgn serkap jarang.
Quote zamzam 2-2-2023 03:13 PM
alesandra replied at 2-2-2023 03:10 PM
Mimpi basah jela.pmx dah mencakar semua pintu istana  benua melayu.

Bersandar kan istana dan ckp berbunga bunga. Talk cock only action nehi...
Quote toynme 2-2-2023 03:13 PM
cino takdo ko? habis la kome kena hantar balik
Quote pekanwoohoo 2-2-2023 03:15 PM
Kabinet bayangan ni dalam erti kata lain kabinet syok sendiri kan?
Quote alesandra 2-2-2023 03:19 PM
zamzam replied at 2-2-2023 03:13 PM
Bersandar kan istana dan ckp berbunga bunga. Talk cock only action nehi...

Kang ckp bodoh marah pulak.kalo sembang kotey claiming sokongan dah cukup..kalo ydpa ckp no..no la kann?sbb kerajaan,pm lantikan ydpa  hakikatnya.move on jela..fokus jela prn nanti.jgn yakin,riak  sgt
Quote sharlenetexas 2-2-2023 03:21 PM
Angan angan.

Cari cari tunggu tunggu masih belum bertemu.

Quote tripleid 2-2-2023 04:13 PM
Quote stingerpressor 2-2-2023 04:17 PM
zamzam replied at 2-2-2023 03:13 PM
Bersandar kan istana dan ckp berbunga bunga. Talk cock only action nehi...

Tasabar nak dengar pembentangan budget march ini kheun zam2....are you sexcited?
Quote ayukpingu 2-2-2023 04:18 PM
tinggal kenangan
Quote stingerpressor 2-2-2023 04:19 PM
pekanwoohoo replied at 2-2-2023 03:15 PM
Kabinet bayangan ni dalam erti kata lain kabinet syok sendiri kan?

PRN yg mendatang yakin dapat sapu habis....so kabinet bayangan is on  a standby
Quote snowflakes 2-2-2023 04:20 PM
Dulu2 pun ada kabinet bayangan... so fair la kan...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.268220 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top