Jika perasan, Park Shin Hye sekarang nampak sangat langsing badannya seperti bentuk asal badannya semasa anak dara. Shin Hye yang bakal membuat kemunculan semula menerusi drama “Doctor Slump”, rupanya sangat menitikberatkan penampilannya ketika berada di kaca televisyen.
Demi kemunculan semula selepas bersalin dan nampak cantik sempurna di kaca televisyen, ada sumber mengatakan dia menjalani diet ketat. Dan hasil diet yang dilakukannya itu dia berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Hebat, kan? Dipetik daripada beberapa sumber seperti KPop Herald, Daily Vanity, IG News; aktres ini mengaku bahawa dia melakukan diet yang ketat dan senaman untuk mendapatkan bentuk badannya yang sekarang.
Katanya, setiap hari dia hanya akan makan dua kali sehari (ada masanya tiga kali sekali jika kekurangan tenaga), dan sebaiknya berhenti makan selepas 6 jam. Sarapan Pagi Untuk sarapan pagi, Park Shin Hye akan mengambil sarapan pagi yang terdiri daripada sebiji timun dan segelas susu rendah lemak. Katanya timun boleh memberikan rasa kenyang kerana kandungan airnya yang tinggi. Manakala susu rendah lemak pula dilengkapi nutrien penting yang diperlukan badan seperti kalsium, protein, Vitamin B, phosphorus, potassium dan Vitamin D. Makan Tengah Hari Sekitar makan tengah hari, aktres ini akan makan makanan yang memberikan tenaga padanya untuk kekal cergas sepanjang hari dengan separuh nasi dan dua helai kubis Cina sahaja. Makan Malam Sekiranya Park Shin Hye berasa tidak bertenaga dan memerlukan makanan, dia akan makan sebiji timun dan hanya dua kubis Cina untuk mengalas perut serta mengelak dari makan di tengah malam. Minuman Selain minum air kosong dengan cukup dan elak daripada minum air manis, Park Shin Hye kebiasaannya akan minum air sari kacang merah. Dedahnya, air sari ini akan membantu meredakan kembung perutnya. Sumber: Murai
|
sleepandream replied at 31-1-2023 12:47 PM
10kg sebulan too extreme la...
tp tetap ambik carbo - nasi setengah yach?
noell replied at 31-1-2023 09:33 PM
pernah sekali bulan puasa aku turun 10kg bukak posa makan oats dgn lauk2- sahur kurma & ayaq masak ...
ADVERTISEMENT