CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Dedah Bercerai Angkara Penyondol, Chot Raja Lawak Baru Kahwini Janda Anak 3?

30-1-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 652| Komen: 2

Sebelum ini, Chot Raja Lawak memaklumkan bahawa telah bercerai dengan isterinya hampir setahun dan kemudiannya mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang merupakan kakak kepada penyanyi wanita.


Terbaru, bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah mendedahkan bahawa perkahwinan mereka berakhir gara-gara orang ketiga.

Menerusi hantaran di akaun TikTok Siti Zafirul, dia mengimbas kembali momen sejak awal perkenalan dengan bekas suaminya itu hingga berlakunya perceraian.




“15/3/ 2022 saya berpisah disebabkan orang ketiga. Bahagia hanya sekejap. Allah hadirkan ujian yang sangat-sangat perit bagi saya, hadirnya orang ketiga atas kebahagiaan saya,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Siti Zafirul turut berkongsi foto perkahwinan bekas suaminya itu bersama wanita yang dikatakan berstatus janda beranak tiga.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku namun tidak dapat memaafkan mereka yang menganiaya dirinya dan anak.




“Saya redha di atas apa yang berlaku tetapi apa yang berlaku saya tidak dapat memaafkan mereka yang aniaya saya dan juga anak saya.

“Allah SWT Maha mengetahui segalanya apa yang berlaku, pasti kifarah itu ada.

“Akhirnya terjawab juga persoalan semua orang. Perkahwinan di atas penderitaan orang lain,” luahnya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Siti Zafirul dan tidak kurang juga ada segelintir yang mempertikaikan tindakan Chot menceraikannya.

Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan telah mendirikan rumah tangga dengan Zurina Badron yang merupakan kakak kepada penyanyi Syura Badron beberapa hari lepas.

Namun begitu, tarikh sebenar perkahwinan mereka tidak dapat dipastikan namun sebuah saluran di Youtube telah memuat naik rakaman video majlis perkahwinan pasangan itu yang dirakam oleh adik pengantin perempuan, Syura pada 23 Januari lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 31-1-2023 08:36 AM
watevahhhhh ko spae sendu. nak khwen 4 pon silakan
Quote prince_marhaen 30-1-2023 10:16 AM
laki pun muka kaki bur*t kan... sesuai lah perangai dengan adik ipar mulut hanjeng bubur asyura zubeidah bedon tu...geng monyet kerak lanjio solo tu...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.043944 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top