Aksi juri tetap, Mas Idayu yang seolah-olah merajuk dan membisu seketika tetapi kemudian berubah pendirian semasa konsert minggu separuh akhir Famili Duo disifatkan drama memualkan dalam netizen.
Keengganan Mas Idayu memberi komen terhadap peserta pertama, Siti Sisters yang membuat persembahan turut diakui rakan juri, Ajai. Ajai memaklumkan, Mas Idayu memilih berdiam diri kerana enggan segala komennya disalah anggap. Di Twitter rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap tiada berpendirian penyanyi senior itu, selain melabelkan aksi tersebut sebagai terlampau beria-ria. “Dramalah Mas Idayu ini. Beria sangat. “Kalau tidak mahu beri komen apa-apa, baik tidak perlu datang dan gantikan tempat tersebut dengan juri jemputan professional yang berpendidikan. “Tidak perlu beria-ria menangis suruh Mas Idayu komen. Bagus juga senyap begitu, senang buat duit,” demikian ciap netizen dalam Twitter.
“Menyampah pula tengok Famili Duo ini dengan drama. Siti Sisters itu disuruh baca skrip merayu minta Mas Idayu komen,” ciap seorang lagi netizen. Namun, selepas setiap peserta merayu minta persembahan mereka diberi komen, juri tetap itu akhirnya beralah. -CARI Sumber: Kosmo
|
ekselen replied at 29-1-2023 11:34 PM
biar la dia xnk komen pun..ada sesapa yg nk menangis ke?
Ok iols buat lawak je ye
makadek replied at 29-1-2023 11:37 PM
Sissy dn naim tk eran dgn mummy
Jwb pn mcm tak da hal la
Tp mumy bg marks tinggi
alesandra replied at 29-1-2023 11:46 PM
tak jadi tarik diri ke sissy,naim tu?
alesandra replied at 29-1-2023 11:46 PM
tak jadi tarik diri ke sissy,naim tu?
rayna_raynes replied at 29-1-2023 11:49 PM
dah sign kontrak susah ler nak tarik diri.
hanihan16 replied at 29-1-2023 11:50 PM
dia dibayar utk komen, kena la komen. cuma komen jangan menjerit menengking. boleh je apa yg dia teg ...
makadek replied at 29-1-2023 11:44 PM
Bella nangis je
Risau mummy
makadek replied at 29-1-2023 11:49 PM
Gedix je lebih... Mmg ego 2 2 tu tak sporting
Org lain ok je mintak mas komen, mas pn rilex
Masa c ...
lazim replied at 29-1-2023 11:51 PM
Naim pndai ckp. Dia tahu dia patut side sissy tak pyh merayu minta komen
ADVERTISEMENT