CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Koyak, Dengar Jelah Kata Mas Idayu Walau Tak Sedap' - Azlan

29-1-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2395| Komen: 9

Perlu bersikap profesional dan terbuka menerima pandangan terutama daripada senior.

Demikian pandangan penyanyi Azlan The Typewriter, 41, jika berhasrat menjadi penghibur yang berjaya.


Menurut Azlan, penyanyi muda dan baharu meningkat naik tidak perlu 'koyak' dengan sebarang teguran daripada artis senior jika ingin terus kekal dalam industri hiburan.


IG

"Artis yang baharu ni kena faham, jangan koyak. Kalau cepat koyak, tak lama (bertahan dalam industri).

"Sebagai senior, saya rasa kena dengar saja la kata dia (Mas Idayu) walau tak sedap didengar di telinga, perlu lebih terbuka," katanya.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle Sallehudin menyifatkan apa yang dikritik oleh Mas Idayu dalam program Famili Duo adalah berdasarkan pengalamannya yang sudah lama bidang nyanyian.

Beliau yang juga pernah tampil sebagai juri dalam beberapa program realiti berpendapat, setiap juri mempunyai karakter masing-masing ketika memberi kritikan dan peserta harus bersedia.


"Mungkin orang cakap Mas Idayu lantang mengkritik tapi bagi saya, dia cukup berpengalaman untuk kritik sesiapa yang dia nak.

"Setiap individu ada karakter masing-masing dan cara dia (Mas Idayu) memang macam itu dan pada saya ada pro dan kontranya," katanya.

Sejak Ahad lalu, kontroversi tercetus selepas pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann dikritik juri tetap, Mas Idayu pada konsert minggu keenam Famili Duo yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Persembahan Naim dan Sissy yang menyanyikan lagu Jampi dengan susunan muzik keroncong, gagal memikat hati juri dan menerima komen pedas hingga Sissy mengalirkan air mata, lalu tular.

Terdahulu Azlan hadir di Pasar Raya KB Mall di sini, semalam bagi menjayakan majlis pelancaran jenama baju Melayu dari sebuah syarikat sambil menghiburkan pengunjung dengan koleksi lagunya.

Mengenai perkembangan terbaharu pelantun lagu Jangan Khianati Aku itu, beliau kini sedang terbabit dalam pembikinan lagu tema untuk filem Brother Gun dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tahun ini.

Ketika ditanya sama ada terlintas untuk mencuba bidang lain selain nyanyian, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 itu mengakui ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon tapi terpaksa menolak.

Menyifatkan dirinya tidak sesuai untuk menjadi pelakon walau pernah mencuba bidang itu pada awal kemunculan dalam bidang seni, Azlan lebih memilih untuk kekal dalam nyanyian dan mencipta lagu.

"Ada segelintir yang 'offer' tapi saya tak pandai, kaku dan pernah cuba masa saya masih dengan (kumpulan) Meet Uncle Hussain dulu, memang kena kecam.

"Saya sendiri tengok pun menyampah jadi saya ambil keputusan untuk kekal menyanyi dan buat muzik saja, itu lagi bagus," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 29-1-2023 06:31 PM
Ni pun sejenis suka marah2 jerit2 utk sampaikan mesej lah kot. Low eq betul.bDahlah low iq sbb isunya bukan artis baharu mahupun pasal tak boleh terima  kritikan.

Dia ni pulak whoryus jadi juri juga kah?
Quote dani-rox 29-1-2023 06:49 PM
banyak sangat ke pengalaman nenek tuh dlm bidang seni suara sampai semua cakap dia harus ditelan bulat2? kalo org cerita psl penyanyi bersuara sedap dan berilmu dlm muzik, ada ke org terus teringat dgn mas idayu? dlm top 100 belum tentu ada nama dia tau
Quote Zazama 29-1-2023 10:07 PM
Kritik...no hal tapi cara kritik tu kena ubah.
Quote fadz84 29-1-2023 10:18 PM
dani-rox replied at 29-1-2023 06:49 PM
banyak sangat ke pengalaman nenek tuh dlm bidang seni suara sampai semua cakap dia harus ditelan bul ...

Katanya dh 38 tahun menyanyi.. tp album pertama dia keluar tahun 1992.. dia kira dari start dia nyanyi kat kenduri kawen kot.. hehe
Quote imransulaiman 30-1-2023 01:36 AM
Aku malas nak ulas mas takayu tu.. Ok, memang tak sedap pun keroncong naim&sissy malam tu. Silap dorang buat persembahan macam tu. Tapi cara juri tu beri komen lebih kepada menjatuhkan air muka peserta. Kalau ya pun nak tunjuk "sayang", bukan begitu caranya.

Entahlah...
Quote dudaberhias 30-1-2023 02:07 AM
LadyCarefree replied at 29-1-2023 06:31 PM
Ni pun sejenis suka marah2 jerit2 utk sampaikan mesej lah kot. Low eq betul.bDahlah low iq sbb isuny ...

khenn... tu pun ada juga yang kata budak2 sekarang terlampau lembik untuk terima kritikan jerit2 macamni...

acik2 yang hidup zaman jajahan jepun dulu pun askar jepun baru berjalan pun dah menggelupur nyorok tepi semak lagi nak sembang macam generasi dia boleh kena herdik...

pegawai pejabat gomen dan kerani bank buat muka caprut pun dah komplen ada hati nak kata orang hati tisu...
Quote LadyCarefree 30-1-2023 02:36 AM
dudaberhias replied at 30-1-2023 01:07 AM
khenn... tu pun ada juga yang kata budak2 sekarang terlampau lembik untuk terima kritikan jerit2 m ...

hahaha kakadud punya komen selalu menghiburkan
Quote cikgojesss 30-1-2023 02:43 AM
memang la sebab kau pun spesis bingit, bahangong!
Quote dani-rox 30-1-2023 04:37 PM
fadz84 replied at 29-1-2023 10:18 PM
Katanya dh 38 tahun menyanyi.. tp album pertama dia keluar tahun 1992.. dia kira dari start dia ny ...

kalau mcm tu, kita yg start menyanyi di pusat karaoke pun bole dikira sbg pengalaman dlm bidang seni suara

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.114409 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top