Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, berpendapat mana-mana individu dilantik sebagai juri perlu memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah sepanjang menceburi karier sebagai penyanyi. Jelas Azwan yang sudah berkecimpung selama 35 tahun dalam bidang seni, pencapaian tersebut menunjukkan kualiti vokal mereka pernah diiktiraf dan mendapat penghargaan menerusi penganjuran anugerah berprestij di negara ini.
“Sepatutnya kredibiliti atau kelayakan menjadi juri mestilah pernah menang satu anugerah sepanjang karier mereka. “Sekurang-kurangnya vokal mereka sudah dinilai dan diiktiraf sekiranya program tersebut berkaitan dengan nyanyian, barulah layak menilai peserta bertanding. “Adakah sikap juri yang suka mengamuk dan terjerit-jerit ini menjadi ‘nyawa’ kepada stesen televisyen?” soalnya. Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut melahirkan kekecewaan dengan lambakan juri ‘sampah’ yang kian menguasai rancangan realiti di televisyen.
Sedangkan, katanya, ramai penyanyi hebat seperti Datuk Aishah dan Datuk Francissca Peter yang terbukti memenangi pelbagai anugerah vokal tetapi jarang dijemput menjadi juri. “Balik-balik muka yang sama muncul dalam televisyen, sedangkan penyanyi yang mahir mengenai vokal juga ramai dan boleh memberikan komentar mengenai persembahan nyanyian,” katanya. Dalam masa sama, Azwan yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ turut menempelak rancangan hiburan yang tidak menghormati kedudukan sebenar kerusi juri kerana lebih gemar meniru rancangan dari luar negara. “Ini bukan rancangan realiti kartun yang sumbat siapa sahaja jadi juri sehingga terpekik-pekik dan terkinja-kinja. Ini trend negara mana? Kehormatan juri itu terletak pada kerusinya dan mereka perlu hormat dengan kedudukan tersebut,” katanya. Sumber: Utusan
|
Burong_Hantuk replied at 29-1-2023 02:55 PM
jujur aku cakap...si mummy tuh bukan cemerlang mana pun career nyanyian dia
ekselen replied at 29-1-2023 03:47 PM
Tapi sheols pernah menang anugerah kan? Bkn anugerah2 picisan mcm anugerah era atau meletop tu pun.. ...
mrseller: Edited by mrseller at 29-1-20 ...
ekselen replied at 29-1-2023 04:18 PM
AIM tak salah..
Burong_Hantuk replied at 29-1-2023 02:55 PM
jujur aku cakap...si mummy tuh bukan cemerlang mana pun career nyanyian dia
ratuiphone replied at 29-1-2023 03:10 PM
Dia duduk situ konon2 sebab dia la Black lahir sbg penyanyi..padahal tanpa dia , Black mampu je .. ...
Dolmat replied at 29-1-2023 02:58 PM
Betol tuuuuu tengok si Paula Abdul... Album jual memang award layak jadi juri international American ...
ashilalat replied at 29-1-2023 04:22 PM
Dia menang album dangdut terbaik dgn kulit album terbaik..berapa nilaian sumbangan dia utk menang ...
fadz84 replied at 29-1-2023 05:13 PM
Album Dangdut Terbaik tu pun pengiktirafan lebih kepada penerbit album tu.. tahun 1998 (album Dun ...
fadz84 replied at 29-1-2023 05:13 PM
Album Dangdut Terbaik tu pun pengiktirafan lebih kepada penerbit album tu.. tahun 1998 (album Dun ...
woven11 replied at 29-1-2023 05:39 PM
Kalau menang malaysia idol pon boleh terima lagi asal kapasiti sebagai penyanyi Album terbaik ...
ADVERTISEMENT