Teman lelaki kepada pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, Antonio Dedola dilaporkan memeluk Islam menerusi perkongsian rakaman sebuah video di Instagram, hari ini. Lapor Suara.com, Dedola dilihat memakai persalinan putih lengkap bersongkok sebelum melafazkan syahadah yang dibimbing seorang ustaz. Video tersebut dimuat naik dalam Instagram milik kawan baik Nikita, Fitri Salhuteru yang turut mendoakan penghijrahan besar dalam hidup lelaki itu.
“Saya berharap dengan kerelaan anda masuk Islam membuatkan hidup bertambah baik dan menjadi manusia yang berguna. “Semoga Allah sentiasa membimbing anda ke arah kebaikan,” katanya. Fitri juga berharap, Dedola mampu menjadi imam yang baik untuk Nikita dan anak-anaknya kelak. “Doaku semoa kamu berjodohan dengan Nikita dan menjadi ketua keluarga serta contoh baik kepada anak-anak Niki serta menjadi imam untuk keluarga mereka,” tulisnya. Dalam masa sama, Nikita dilihat berkongsikan video tersebut dan memanjatkan kesyukuran kerana kekasihnya mendapat hidayah. Sebelum ini, Nikita, 36, memaklumkan kekasihnya yang berasal dari Jerman akan memeluk Islam sebelum mereka berdua melangsungkan pernikahan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT