Pasti ramai yang perasan disebalik kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, ahli keluarga Puteri Sarah dilihat seperti tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti keluarga Syamsul. Menyedari persoalan ramai tentang keberadaan ahli keluarga ketika dirinya bergelut mempertahankan rumah tangganya sebelum ini, Puteri Sarah menegaskan ahli keluarga dan ibu bapanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah yang dihadapi kerana faktor kerjaya. Memetik Kosmo, kebanyakan ahli keluarganya bekerja dalam bidang profesional di mana mereka lebih banyak memerhati dari berbunyi tetapi tetap memberikan sokongan. “Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. “Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.
Semalam, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang hadir menemaninya kepada pihak media. “Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. “Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material. “Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.
|
darling0802 replied at 18-1-2023 01:24 AM
Baru tahu kalau golongan profesional tak boleh ulas apa2 ya
bluecrystal replied at 18-1-2023 01:58 AM
dia nak cakap keluarga dia orang hebat baik2 la ni..aku kesian nasib dia dalam rumahtangga..tapi mas ...
mawardia replied at 18-1-2023 02:27 AM
Kannnnnnnnn.
Skarang kat bio IG dia tulis lak kelulusan apa, Bachelor apa.
Adik-adik kerja apa. G ...
darling0802 replied at 18-1-2023 01:24 AM
Baru tahu kalau golongan profesional tak boleh ulas apa2 ya
haifawehbe replied at 18-1-2023 03:55 AM
pape pun mmg kena cari yg sekufu bukan saja pasangan tapi family dia jugak.. iols dah tgok depan mat ...
Cleocatra replied at 18-1-2023 03:40 AM
Aku pun perasan menda yang sama. She macam enjoy dengan perhatian, sanjungan yang sheol dapat sekara ...
miss_strangers replied at 18-1-2023 02:08 AM
No wonder la datin terkilan dapat besan baru. Besan lama nampak bagus sopan xbising Cam besan rempit ...
jambatannetizen replied at 18-1-2023 02:33 AM
Betul. Dia tak perlu kot nak justify kenapa adik beradik dia diam. Cakap je dekat reporter “Merek ...
mawardia replied at 18-1-2023 02:27 AM
Kannnnnnnnn.
Skarang kat bio IG dia tulis lak kelulusan apa, Bachelor apa.
Adik-adik kerja apa. G ...
ADVERTISEMENT