CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tengok Mustapha Kamal Tangkap Fyna, Zainal Makan Bersama Baru Ramai Percaya Dah Kahwin

17-1-2023 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18375| Komen: 163

Pelakon Datuk Mustapha Kamal merungkai persoalan ramai berhubung kesahihan perkahwinan antara bekas pemain bola sepak legenda, Datuk Zainal Abidin Hassan dan penyanyi, Fyna Jebat.

Menerusi hantaran dalam aplikasi TikTok, Mustapha yang popular dengan gelaran Papa Megah Holding memuat naik gambarnya dan isteri, Susan Manen sedang menjamu selera bersama pasangan pengantin baharu itu.




Mustapha berkata, dia bertemu secara kebetulan sebelum menghabiskan masa bersama di sebuah restoran.

"Salam. Secara kebetulan terserempak dengan legenda, Zainal Abidin Hassan, kawan lama. Tahniah, semoga yang baik sahaja buat kalian," tulisnya.

Tinjauan dalam ruangan komen turut mendapati rata-rata netizen dilihat mula mempercayai Zainal dan Fyna sudah bergelar suami isteri.

"Kenapa aku baru percaya selepas tengok gambar ini. Selamat pengantin baru," tulis seorang netizen.


"Akhirnya Papa Megah Holding ambil gambar mereka berdua," tulis seorang lagi.


TikTok

"Tengok gambar ini baru percaya Zainal betul-betul kahwin muda (isteri), terbaik 'coach'," komen seorang neziten.

Terdahulu, Fyna yang juga adik kepada pelakon, Ayda Jebat mengesahkan bernikah dengan bekas pengendali pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United itu.

Bagaimanapun, Fyna enggan mendedahkan butiran terperinci berkenaan pernikahan itu.

Setakat ini, Fyna juga belum memuat naik gambar perkahwinan mahupun gambar bersama suaminya untuk tatapan umum.



Mengikut rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 17-1-2023 10:14 AM
Gelenyar . start nak tunjuk taring ke
Quote 3chanceno 17-1-2023 10:20 AM
Mesia nie kecik je, nak sembunyi2 akhirnya ada jugak gambar bersama
Quote mamajawie 17-1-2023 10:25 AM
bijik la kau pompuan..mana2 penyondol iollss hamun hokeyhh..
Quote SherryZass 17-1-2023 10:28 AM
Dah macam bapak dengan anak gi makan sama-sama
Quote margo20 17-1-2023 10:29 AM
Mane mknn? Mcm baru nk order je
Quote jlo 17-1-2023 10:31 AM
sian wife 1st..still kat london ke
Quote Raline 17-1-2023 10:32 AM
buat buat main phone pula ZA
Quote winky1 17-1-2023 10:59 AM
Bagai pinang dibelah dua.
Quote laksmanabentan 17-1-2023 11:01 AM
lelaki bujang kat mesia da terhapus ker camna nih???
ke lelaki bujang kat mesia semua da patah riukk... opsss..
Quote Unagi 17-1-2023 11:02 AM
so dia dimaafkan oleh nurtizen?
Quote Burong_Hantuk 17-1-2023 11:17 AM
macamana ler dia boleh selera dengan ZA nih....
Quote bottompro 17-1-2023 11:22 AM
emmm. lalu kan sheols.
kalau tutup lampu malam2, mmg nampak gigi ZA je hahah
Quote lolita737 17-1-2023 11:27 AM
ada tertengok video wartawan tanya dia pasal dia punya wedding ni..tapi kakak dia yg lebih2 sibuk..
Quote dudaberhias 17-1-2023 11:27 AM
soo sweet...

pagi makan bersama di atas meja kayu...

tengah2 malam bersama kayu arang.. tak gitu...

ada sembang2 pasal projek megah holding berbilllllionz2 ke tu....
Quote dudaberhias 17-1-2023 11:29 AM
bottompro replied at 17-1-2023 11:22 AM
emmm. lalu kan sheols.
kalau tutup lampu malam2, mmg nampak gigi ZA je hahah

tu lah...
mungkin #pastisenak gittuhhh walaupun macam kayu arang...

btw heshe mesti dah menuntut ilmu dari datin zizie yang dah menyerupai pondan tu macam mana nak imagine muka laki sendiri persis model kokesen...
walaupun sominya macam ikan kering sabah
Quote hanihan16 17-1-2023 11:29 AM
yang melekap tu memang line bra dia ke atau corak baju?
Quote mizzmimi 17-1-2023 11:38 AM
Amboi glow up pengantin baru especially yang laki tu haha
Quote Hoola 17-1-2023 11:40 AM
biras dan kakak xjoin ke
Quote Lavender_Violet 17-1-2023 11:45 AM
Haihhh...nmpk kekertuan ZAH di situ
Rambut yg sikit2 tu semua dah putih hokeh
Kes theyols nih akk bini no syatu restu ke?
Ke tak restu tapi sbb tak pong pang dlm medsos jadi org tak tau cerita sebenar?
Gitu lah beza bila pong pang dgn tidak
Bila tak pong pang kelihatannya aman2 adja...netizen nak mengeji lebih2 pun tak ada point

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.124537 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top