CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Yang Dengki Bila Jadi Artis, Shamshul Danish Dikecam Dan Disindir Dengan Kawan Sekolah Sendiri

17-1-2023 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2939| Komen: 20

Menjadi selebriti pada usia remaja, bukanlah mudah, apatah lagi apabila perlu berdepan dengan rakan sebaya.

Sehubungan itu, pelakon remaja, Shamshul Danish, 16, mengaku kecaman atau sindiran adalah perkara biasa yang perlu dilalui bakat baharu sepertinya.


Foto: IG

"Untuk seorang pelakon, pasti ada individu yang tidak suka. Sampai sekarang, masih ada orang yang tidak sukakan saya, terutama pelajar lelaki.

"Itulah keadaan di sekolah, di mana ada seorang pelajar lelaki seolah-olah cemburukan saya. Apa sahaja yang saya buat, pasti dia tidak suka.

"Malah, saya pernah disindir, dikatakan saya tak payah berlakon sebab saya tidak pandai berlakon.

"Tetapi, individu begini tidak ramai, ada dalam dua hingga tiga orang sahaja yang tidak berpuas hati.

"Saya sudah biasa diperlakukan begitu. Sejak sekolah rendah lagi saya sudah berdepan situasi sama," katanya kepada BH Online.




Berikutan itu, Danish yang popular dengan siri Salam Squad ini berkata, bagi mengelak dia menghadapi masalah atau tekanan di sekolah, dia mengamalkan sikap tidak endah dan memilih kawan betul.

"Saya tidak suka layan sikap individu sebegitu. Malah, emak saya cakap, tak perlu layan dan biarkan sahaja.

"Saya dengar nasihat emak saya. Jadi, perkara itu tidak menjadi masalah bagi saya.

"Lagipun, saya pergi ke mana-mana pun bersama emak. Kita kena cari kawan yang betul, bukan mereka yang bawa kita ke arah keburukan," katanya ditemui pada sesi fotografi mempromosikan filem Eva yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 Januari depan.



Mengulas mengenai filem Eva, buat kali pertama, Danish menerima watak berat sebagai Miqal, iaitu anak kepada watak utama, Eva lakonan Nadia Aqilah.

"Ini kali pertama saya terima watak berat. Saya terima kerana mahu mencuba sesuatu yang berbeza.

"Jadi, saya gementar menunggu maklum balas orang ramai. Takut dapat komen tidak baik, apatah lagi, lakonan Nadia Aqilah dan Nadia Brian jauh lebih baik.

"Saya takut lakonan tidak setaraf. Mereka sudah berpengalaman tetapi saya masih belajar.

"Namun, Alhamdulillah, mereka banyak bantu saya menjiwai watak termasuk pengarah, Suhaiza Aziz," katanya.



Selain Danish, Nadia Aqilah dan Nadia Brian, filem Eva dibintangi Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Tony Eusoff.

Filem Eva mengisahkan Eva, Amy dan Mike sebagai individu sama, namun terperangkap dalam satu tubuh lakonan Nadia Aqilah.

Eva terpilih sebagai pemenang filem kategori 'thriller' dan 'suspense' bagi pertandingan bulanan anjuran Festival Filem Cannes, baru-baru ini. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 17-1-2023 05:14 PM
Entah lah sapa ko dek...acik pun tak kenal
Tap x pe lah...dengar je lah ckp mak ko tu
InshaAllah selamat dunia akhirat
Ko jangan jadi Sol sudehhh...
Tiberrrr
Quote cikatilia 17-1-2023 06:33 PM
Artis kena mengaku aku artis utk dikenali. Tp akux kenal kau dikk
Quote lolipopi 17-1-2023 10:41 PM
Nape tak suruh member yg jeles tu jd artis gak..boleh sama2 bersaing
Quote gideoncross 17-1-2023 10:41 PM
X knal, next.
Quote Amelyn22 17-1-2023 10:47 PM
Adik Nora Danish ke?????
Quote Carcosa 18-1-2023 12:10 AM
Kau ni adalah siapa adik?
Kau yakin je dik, pelajar lelaki yg tak suka engko tu, cemburukan engko. Tah2 kau ada terckp apa2 or ter kerek dgn dia. Cuba tanya dia, dik. Or kill them with kindness. Bak kata Selena Gomez dik.
Cuba engko kasi ticket free filem kau tu dkt budak jahat tu. Tgk dia nak tak. Mana tau kan, terus jadi member.
Alah bukan susah pun kasi ticket tu. Sah2 filem tu nnti takde org nak tgk kat wayang, dik. So, apadehal? Kasik jelah ticket. Utk show seminggu pun boleh.
Quote Aneem 18-1-2023 12:12 AM
Pondan mana pulak tetiba muncul ni
Quote she 18-1-2023 01:08 AM
Teruskan berusaha dek
Macik nak pesan

1. Dah popular nanti jangan tayang bebird
2. Dah popular nanti jangan tunggang agama
3. Dah popular nanti jangan kawen lari di siam

Yang lelain tu nanti acik ahkak porumer ekau sambungkan
Quote downiey 18-1-2023 05:20 AM
akk x kenal pon ko dikk,.ampunn
Quote LadyCarefree 18-1-2023 06:12 AM
kalau dua tiga org je mengata kau, xyah kecoh ah.
Quote slyfynx 18-1-2023 07:43 AM
Anda ialah sape?
Nape dalam poster 3 org, semua muke aku seram tgk?
Quote rosedemon 18-1-2023 08:34 AM
entah sape2 nth geli jijik
Quote Hoshhi 18-1-2023 10:33 AM
Engko ni siapa pulak dah
Quote Suchi 18-1-2023 11:29 AM
Pesen rambut tu mengingatkan pada seseorang
Quote jejaka_hensem 18-1-2023 11:34 AM
Sorang je pun pelajar lelaki yg cemburu,itu pun nqk kecoh.dasar!
Quote Perawankota 19-1-2023 03:09 AM
Edited by Perawankota at 19-1-2023 03:11 AM

Aku baru balik Dari event Night Gala filem EVA ni.. I could say, one of the best night Gala movie. Selalu aku attend premier ke apa, biasa2 jer.. Ni siap Ada makan2 ala standing cocktail, dapat goodie bag.. Mimi fly pon Ada perform, sebab dia nyanyi utk OST movie ni.

Danish ni kecik2 selalu berlakon dalam commercial.. Pastu Ada je Kat Astro Ceria.

Tapi kesian, tiap Kali scene dia bercakap, orang gelak. Sebab sore dia yang nak baligh tak baligh tu..

Tapi movie EVA ni aku boleh cakap sedap wlupon ending dia mcm aku tak berapa suka.
Quote Sazreena 21-1-2023 02:28 AM
Ni talent aku masa shoot MAS commercial..dah besar ko dik.
Quote samshik 21-1-2023 04:47 AM
Sapo kawww diknon
Quote bulalof 21-1-2023 08:48 AM
perasannya budak2 millennial skrg. its a dog eat dog world out there that u haven't experienced it yet.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.144670 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top