Pelakon dan pengarah terkenal filem Tamil, Vijay Antony cedera parah ketika melakukan penggambaran filem sulungnya, Pichaikkaran 2 di Langkawi kira-kira jam 3 petang semalam. Difahamkan, Vijay cedera ketika melakukan aksi tembak-menembak ketika memandu jetski bersama pelakon wanita dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Kejadian berlaku gara-gara jetski dipandunya hilang kawalan lalu merempuh bot besar yang membawa kru dan jurukamera. berikutan kejadian, Vijay menerima beberapa jahitan di mulut dan terpaksa mengguna alat bantuan pernafasan. Manakala pelakon wanita terbabit hanya cedera ringan.
Sumber: RotiKaya |
ADVERTISEMENT