CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Masdi Tak Selesa Digelar Penyanyi Senior, Dah 6 Tahun Menyanyi Tapi Masih Banyak Benda Tak Tahu

16-1-2023 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1682| Komen: 13

Amir Masdi masih menganggap dirinya sebagai seorang pendatang baharu meskipun sudah lebih enam tahun berkecimpung dalam dunia seni selepas menjuarai Akademi Fantasia ke-13 pada 2016.

Kata Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 27, dia tidak selesa apabila namanya diletakkan sebagai penyanyi senior kerana masih banyak perkara yang belum dicapai.


Foto: IG

"Kalau kita letakkan sasaran untuk pergi lebih jauh, jadi tempoh enam tahun sebelum ini saya anggap masih baharu dan banyak yang perlu dipelajari lagi.

"Saya banyak melihat artis-artis senior dan mereka juga melalui fasa yang sama. Mendengar pengalaman mereka membuatkan saya sedar bahawa perjalanan sebagai anak seni ini bukan mudah. Tidak layak untuk saya bandingkan pengalaman enam tahun ini dengan apa yang mereka telah lalui.

"Dalam masa sama, menggelarkan diri sebagai artis baru juga mengingatkan saya untuk sentiasa fokus dalam kerjaya,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Amir juga meluahkan rasa syukur apabila dirinya semakin mendapat perhatian ramai dan lagu nyanyiannya juga mula mendapat tempat di hati peminat.



Bersemangat untuk terus melangkah maju, penyanyi ini juga bagaikan tidak pernah kenal istilah penat kerana itu dianggap satu perkara negatif yang boleh menghalangnya mencuba perkara baharu.

"Apabila berada pada tahap sekarang ini mestilah rasa bangga kerana apa yang saya mahukan setakat ini sudah tercapai. Saya sentiasa percaya pada rezeki, jangan pernah merungut dengan apa yang diusahakan selama ini.

"Saya tahu mungkin apa yang sedang diusahakan sekarang ini nampak penat, tetapi ini adalah jalan yang saya pilih. Kena sentiasa positif," ujarnya.



Terbaharu, Amir tampil dengan sebuah lagu berjudul Sengaja yang merupakan ciptaan bersama Hang Nadim dan Bunga Cantik.

Menganggap ini sebuah karya yang istimewa, Amir gembira kerana dapat menunaikan impian ibunya yang mahu dia bekerjasama dengan dua komposer berkenaan.



"Selama enam tahun saya bergelar anak seni, ibu saya selalu mengingati saya untuk mendapatkan lagu daripada Hang Nadim. Ibu saya pun teringin juga nak lihat saya menyanyikan sebuah lagu daripada Hang Nadim.

"Dengan restu ibu, usaha saya dan pasukan, Alhamdulillah apa yang diimpikan kami berdua selama ini kini menjadi kenyataan. Saya berpegang dengan prinsip bahawa hasil tidak akan mengkhianati usaha," jelasnya.



Pelancaran lagu tersebut telah diadakan di atas kepal pelayaran mewah Dream Cruises pada minggu lalu bersama lima orang peminat yang membayar sendiri kos percutian tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-1-2023 09:57 AM
Suara dia ni sangat lah sedap di telinga, tapi kenapa tak letop? x factor takde? ke aku yang tak sedar dia letop sbb aku tak tgk tv, aku tenggek kat forum je.
Quote woven11 16-1-2023 10:25 AM
esbok replied at 16-1-2023 09:57 AM
Suara dia ni sangat lah sedap di telinga, tapi kenapa tak letop? x factor takde? ke aku yang tak sed ...

Heols kena menggeletis dgn peminat mcm khairina baru dpt ngetop cepat… btw suare heols sedap sgt lemak berkrim.. amir dah naik skrg.. mane2 showcase selalu ade dia..
Quote akuHavocczz 16-1-2023 10:31 AM
esbok replied at 16-1-2023 09:57 AM
Suara dia ni sangat lah sedap di telinga, tapi kenapa tak letop? x factor takde? ke aku yang tak sed ...

Iols rasa sebab lagu dia tak best sangat. Lagu best Kau Sakiti tu je. yang lain lain beshe beshe je.
Quote putu 16-1-2023 10:46 AM
Pembetulan. Bkn senior tp sendu
Quote oddxx 16-1-2023 11:14 AM
Dia ni tak ada produk yg bagus. Lagu hits tak ada. Popular laa kejap sebulan dua, lepas tu datang lagu lain maka lupa lah.

Lepas tu asyik bergantung dengan cover lagu je, macamana nak ada brand dan karekter sendiri.

Nasihat utk amir masdi, buat la lebih byk lagu dan produk sendiri. Bina brand yg unik supaya di ingati.

Tak semestinya kena ada kontroversi, contohnya Aina Abdul, dia guna fesyen pelik utk buat dia diingati. Kena laa ada sesuatu sbb ini dunia entertainment.
Quote a5h91 16-1-2023 11:36 AM
suara dia power tp dia kena ada lagu hits baru boleh tahan lama dlm industri
Quote dolladolla 16-1-2023 11:56 AM
Suara sedap tp dia ni kadang2 mcm xde identiti, fashion ke laut kdg nmpk maskulin kdg mcm pondan..aku konpius.....
Quote PuanAbby 16-1-2023 11:59 AM
Pondan sebab rambut dia lurus sgt ke? Tapi makk suka. Taste sgt. Hahahahah…
Cuma tu la. Lagu byk yg tak sedap. i dah la xminat sgt kalau byk bergantung dgn cover je. Sedap tu sedap tp tak naik… lagu dgn dayang tu pun mcm nk sedap tp tak sedap
Quote firasAli 16-1-2023 12:07 PM
Bagi aku ptt nya amir ni nk cpt femes, cover byk2 lagi versi official, dia baru cover satu jeh lagu Ella, mana ada byk pun, celah bedah mana yg byk sgt tu
Quote firasAli 16-1-2023 12:12 PM
Tapi lagu baru amir yg akim compose ni sedap gak, walaupun melody biasa2 je

[youtube]fvGgkKPPydI[/youtube]
Quote Chah21 16-1-2023 02:25 PM
firasAli: Tapi lagu baru amir yg akim co ...
firasAli: Tapi lagu baru amir yg akim co ...

Setuju sedap kt tlinga i
Quote rosedemon 17-1-2023 08:26 AM
sendu ni xyah lalu kat sini lah dah la xensem
Quote woven11 17-1-2023 09:41 AM
Ctfantasi replied at 17-1-2023 09:37 AM
Best suara Amir ni..Lemak merdu..serak2 lagi..cair meols dengar..tp itu la,lagu heols yg meols ingat ...

Baru2 ni heols launching lagu baru, pakai cincin rockers penuh kat jari.. old skul betol dress up dak amir ni.. suara sedap, gaya tak menarik..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.250277 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top