Angelina Jolie mengumumkan dirinya menamatkan perkhidmatan sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR. Akui Aktres Hollywood itu, dia akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama agensi itu.
Dalam satu kenyataan, Jolie memaklumkan akan meneruskan usaha terlibat dalam isu hak asasi dan kemanusiaan yang lebih mencabar. Ini termasuk bekerjasama secara terus dengan pelarian dan organisasi tempatan. Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 sebelum dilantik sebagai wakil khas pada 2012.
Sepanjang tempoh itu, beliau terlibat dengan 60 misi pelarian di lapangan. Dalam tulisan terbaharunya yang disiarkan akhbar The Guardian, Jolie menarik perhatian apabila secara terbuka menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan dunia menangani keganasan seksual ketika konflik. Jolie turut mengecam Majlis Keselamatan PBB yang didakwa menyalahgunakan kuasa veto. Sumber: AWANI |
ADVERTISEMENT