Baby Shima tidak mahu terlalu mengambil pusing sikap segelintir warganet yang seolah-olah sentiasa menjadikan dirinya sebagai sasaran kecam. Jelas Baby Shima, dia tidak tahu mengapa setiap perilaku yang dipaparkannya di media sosial, tidak kira baik atau buruk tetap akan menerima kecaman bertalu-talu.
“Mulut orang memang tidak boleh nak tutup. Buatlah apa sahaja, sekalipun kalau saya manja dengan kucing, tetap kena kecam. Bukan saya seorang sahaja kena begitu. “Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam. Zaman sekarang kecaman itu sudah biasa. Tidak kisahlah mahu cakap apa, saya buat tidak tahu sahaja,” kata penyanyi lagu Bang Jamal itu.
|
Pak.dolla replied at 13-12-2022 11:23 AM
Lembaga, bby cimah, cumi², jena nik, belut letrik, shahmira, tokbida...selevel kan?
Diamondmoney replied at 13-12-2022 03:56 AM
Setuju
Tmbh si kebal dan terbaru tom tom bak
ADVERTISEMENT