Ummi Nazeera tampil mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne suatu ketika dahulu.
Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh pelakon jelita itu menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini, yang membahaskan topik berkenaan Dalam Senyum Ada Derita, baru-baru ini. Menerusi potongan video yang tular di TikTok, Ummi menyatakan dia pernah mengalami masalah tersebut kerana berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsikan solusi yang disarankan oleh pakar terapinya ketika itu adalah meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.
“Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam. “So saya jumpa therapist yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. “Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila,” katanya. Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi untuk menangani masalah depresi yang dialami. “Betul, dengan cara menulis dapat redakan emosi. Tu yang kaunseling sarankan pada saya…bila saya depression.
|
dudaberhias replied at 13-12-2022 01:38 PM
heshe depress pasal apa? study ke atau rindu mak sebab mak dalam penjara?
dudaberhias replied at 13-12-2022 01:38 PM
heshe depress pasal apa? study ke atau rindu mak sebab mak dalam penjara?
asfaz replied at 13-12-2022 05:29 PM
Maknya ke? Arwah bapak dia tahu ler
dudaberhias replied at 13-12-2022 05:54 PM
yer kaka, dia kekurangan kasih sayang ibu dari kecik katanya jadi dia pun buat jenayah untuk masuk ...
Nham22 replied at 13-12-2022 07:42 PM
Nope.. Ini bukan punca die depression... Sedari dulu die punye family broken dgn ayah die buat prang ...
ADVERTISEMENT