Penyanyi yang semakin meningkat naik, Chombi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila ada segelintir individu mempertikaikan rupa parasnya yang dilihat lebih dewasa daripada usia dan menyifatkan dirinya "try hard" untuk jadi dewasa. Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi, 15, berkata dia mempunyai ramai kenalan lebih berusia yang mungkin menjadi faktor dirinya dilihat perwatakan seperti orang dewasa. “Saya ada baca komen-komen daripada kalangan netizen… cuma saya ambil positif tentang hal itu, yang negatif saya tolak tepi sebab nanti akan selalu terfikir saja.
“Walaupun saya baru berusia 15 tahun tapi kebanyakan kawan semuanya berusia 20 tahun keatas, lagipun saya tidak ramai kawan yang sama umur dengan saya… memang terbiasa dengan perangai orang dewasa. “Saya memang ada sedikit terasa hati bila ada yang komen macam tu, lagi pun apa salahnya kami yang berusia 15 tahun ni… saya tak kacau orang pun,” kata anak gadis kepada komposer dan penyanyi ternama,Harry Khalifah itu kepada mStar. Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan segelintir individu terbabit dan memuji cara Chombi menjawab kecaman tersebut dengan sangat matang. |
dio5774 replied at 3-12-2022 03:51 AM
Tapi muka dia memang nampak 20an pun.lagi matang dari bayi tua yg suka gedik2 tu
SalenaGomez replied at 3-12-2022 06:34 AM
Sebab pakai mekap tebal pon ya juga…cuba xde mekap tu baru nampak muka teen tu…
Btw baru tahu a ...
missyL replied at 3-12-2022 06:55 AM
Lagu die ok jgk
Mase iols mula2 tgok kt utube x thu die sape
SalenaGomez replied at 3-12-2022 06:34 AM
Sebab pakai mekap tebal pon ya juga…cuba xde mekap tu baru nampak muka teen tu…
Btw baru tahu a ...
ADVERTISEMENT