Setelah dua tahun berehat dalam industri hiburan, pelakon Jaa Suzuran memberitahu bakal membuat kemunculan dalam dunia lakonan dan pengacaraan pada tahun 2023
Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, berkata keputusan itu dibuat kerana perasaan rindu untuk beraksi di hadapan kamera dan ingin membina semulanya namanya dalam industri hiburan tempatan. “Untuk wawasan 2023 saya ada mengambil keputusan untuk bahagikan masa antara gaming dan kemudian berlakon, lagi pun saya memang tengah merancang untuk kembali aktif dalam pengacaraan juga. “Saya sudah terlalu lama juga tidak bergaul dengan dunia luar dan hanya fokus kepada game saja jadi untuk kali ini saya nak keluar daripada zon selesa itu.
|
ADVERTISEMENT