CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abang Sulung Enggan Ulas Spekulasi Punca Kematian Syazlin - 'Ikut Laporan Polis Je'

12-11-2022 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3840| Komen: 12

Abang sulung kepada Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi enggan mengulas spekulasi mengenai punca kematian adiknya yang terjatuh dari tingkat 22 pangsapuri di Johor Bahru, Johor, kelmarin.


Ezra berkata, kes terbabit dalam siasatan pihak polis dan masih menunggu laporan.


Jenazah Syazlin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, malam semalam.

"Ikut laporan polis saja. Kes ini pun masih dalam siasatan polis. Kita tunggu nanti," katanya ringkas.

Terdahulu Syazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 malam semalam.


Dalam suasana hujan renyai majlis pengebumian itu dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan sahabat.Antara rakan selebriti yang hadir ialah Shah Jaszle, Mas Khan, Fiza Thomas, Nelissa Nizam dan Hazeeq Dean.

Menurut Ezra, dia berada pelik apabila arwah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial kerana sebelum ini Syazlin begitu menjaga privasi keluarganya.

"Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

"Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia muat naik dan tag nama sekali. Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan Allahyarham maut dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri.

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 12-11-2022 10:00 PM
Mana gambar ezra ni?
dengar nama mcm hensem.tiber
Quote Carcosa 12-11-2022 10:06 PM
jejaka_hensem replied at 12-11-2022 10:00 PM
Mana gambar ezra ni?
dengar nama mcm hensem.tiber

Screenshot_20221112-220211_TikTok.jpg

Nah meols tgh rajin
Quote jejaka_hensem 12-11-2022 10:22 PM
Thanks chuols.

Hensem jugak
Tapi meols hensem lagi.lahh masuk bakul angkat sendiri
Quote asfaz 12-11-2022 10:58 PM
Abang arwah rilex aje jawap .ikut laporan polis. Kekawan lak dok la jangan fitnah jangan fitnah pastu ujung2 ayat mengundang .
Quote kotakominami 12-11-2022 11:22 PM
Waktu camni la boleh nampak mainan dunia hiburan..time hidup sikit ko tak peduli....time dah takde baru ngaku kenal...lagi dasyat menunggang pulak kematian arwah tu bg statement mengundang mcm kau pulak ahli keluarga arwah....
Quote tulip-rain 12-11-2022 11:56 PM
Ni thread si abang pulak. Hhmmm
Quote Tunan 13-11-2022 12:26 AM
tulip-rain replied at 12-11-2022 11:56 PM
Ni thread si abang pulak. Hhmmm

Bila lof banyak tred, diorg kata lof bayar
Agaknya arwah si alin ni bayar jugak
Sbb tu byk tred nya..
Quote Suchi 13-11-2022 06:21 AM
Oh sempat tgk gambar yg dia post tag besday tu tp location kat aussie ke mana tah.
Mati2 iols ingat dia kat oversea.
Pastu esoknya post review kuah pecal ke rojak kan. Tu jela yg tgk seimbas lalu masa bukak ig dia tau2 dah terbenam ig nya.
Quote LaskarHijayu 13-11-2022 06:31 AM
Tunan replied at 13-11-2022 12:26 AM
Bila lof banyak tred, diorg kata lof bayar
Agaknya arwah si alin ni bayar jugak
Sbb tu byk tred ny ...

┣┫A ┣┫a ┣┫a ┣┫a adoii seram pulak tetibe...
Quote chandrahusin 13-11-2022 06:48 AM
Tred org meninggal jd byk sbb ada nilai berita
Lagi plk kematian arwah ni suspicious
Ada mcm2 cerita dh
Arwah ms idup pun org tak ramai acik forum kenal
Quote beatgirlX 13-11-2022 08:15 AM
Carcosa replied at 12-11-2022 10:06 PM
Nah meols tgh rajin

Abang aruah ni single lg la?
Sweet la mata memandang ????
Quote tombolpintu 13-11-2022 08:21 AM
kotakominami replied at 12-11-2022 11:22 PM
Waktu camni la boleh nampak mainan dunia hiburan..time hidup sikit ko tak peduli....time dah takde b ...

Pastu sumer sibuk buat content pasal berita pengkebumian la..berulang2 kali benda sama

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.154760 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top