Polis menahan seorang lelaki selepas didapati membaling telur ke arah Raja Charles dan isterinya, Permaisuri Camilla ketika menyantun orang ramai semasa lawatan ke bandar York, England.
Menurut laporan BBC yang dipetik Suara Merdeka, suspek berusia 23 tahun itu sempat menjerit menjerit “Negara ini dibina atas darah hamba” sebagai tanda protes.
Difahamkan, lelaki yang merupakan seorang pelajar itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan ketenteraman awam. Terkejut dengan tindakan penunjuk perasaan itu, Universiti York menegaskan pihak mereka akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas salah laku pelajar terbabit yang boleh mencalarkan imej universiti. - CARI |
makneng replied at 13-11-2022 11:50 AM
Sorry x kesian
ADVERTISEMENT