CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Ada Duit, Peja Pun Nak Buat Poster Gergasi

12-11-2022 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2866| Komen: 27

Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tambun tidak memerlukan poster bersaiz gergasi seperti calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan calon bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, poster yang sedia ada sudah mencukupi kerana orang Tambun sudah sedia mengenalinya sebagai calon di kerusi Parlimen tersebut.


Poster gergasi Anwar dipasang di beberapa tempat di sekitar kawasan Parlimen Tambun.

Menurutnya, bagaimanapun setiap calon mempunyai kreativiti masing-masing dalam memperkenalkan diri terutama bagi calon luar yang tidak begitu dikenali masyarakat setempat.


"Kalau saya ada duit, saya pun nak buat juga (poster gergasi) tapi saya tak ada duit. Dia (Anwar) perlu lakukan perkara itu untuk perkenalkan diri kepada orang Tambun kerana beliau bukan datang dari sini. Kalau buat poster kecil, orang tak nampak. Jadi kena buat lebih besar dan benda itu mungkin boleh menarik perhatian orang Tambun.

"Itu kreativiti beliau. Saya meraikan usaha-usaha ini. Beginilah kita berkempen dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran E-Sports Youth Cabin Perak di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan poster gergasi Anwar yang dipasang di beberapa kawasan di sekitar Parlimen Tambun.

Sementara itu, Ahmad Faizal menggesa semua pihak bersifat matang dalam berpolitik dengan tidak merosakkan poster serta bahan-bahan kempen calon lain.


Poster Ahmad Faizal yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab di Jalan Tambun, di sini.

Menurutnya, tindakan merosakkan poster calon sesuatu yang disifatkan tidak menghormati proses demokrasi dan menghargai kepelbagaian pendapat seterusnya menyerahkan keputusan memilih kepada kebijaksanaan rakyat.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya ingin perkatakan kepada mereka yang telah merosakkan poster ini bukan sahaja poster saya, poster calon-calon pesaing saya juga, perlulah kita jaga dengan baik dan tidak dirosakkan kerana akhirnya kita nak serahkan kebijaksanaan kepada rakyat.

"Apa yang kita lakukan dengan merosakkan itu tak semestinya memberi impak negatif kepada calon tersebut, silap-silap saya pulak dapat undi simpati daripada orang ramai," katanya ketika mengulas mengenai posternya yang dirosakkan inidividu tidak bertanggungjawab.

Beliau menyerahkan kepada pasukannya sama ada untuk melaporkan perbuatan itu kepada pihak polis atau sebaliknya kerana tumpuan harus diberikan kepada kempen meraih undi.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 12-11-2022 08:28 PM
Ko dah merata buat billboard tu x cukup lagi?
Quote cm_vungtau 12-11-2022 08:46 PM
Kalau aku orang Tambun aku takkan undi Bang Non. Lagi besar poster dia buat, lagi aku takkan undi
Quote najib888 12-11-2022 08:59 PM
Tepi highway plus area jelapang, bapak besar poster anwar ni.. mungkin budget guna wang tabung harapan kot tu..
Quote Highflyer19 12-11-2022 09:00 PM
Kesian nampak sgt desperate bangnon...
Quote shahirakay 12-11-2022 09:13 PM
Balik kampung kali ni semata mata sebab bang non mencemarkan tambun.
Quote sharlenetexas 12-11-2022 09:13 PM
Model baju raya jakel 2023.


Quote sharlenetexas 12-11-2022 09:33 PM

Screenshot_2022-11-12-21-29-31-69_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg

Quote glump 12-11-2022 09:39 PM
Rajin bertukar tempat utk bertanding ..melangkau negeri..kawasan awal dah wariskan kan ank isteri ..
Quote syamzana 12-11-2022 09:48 PM
besonya poster
hrpnya ada yg terkenan dan pangkah la kot
Quote Suchi 12-11-2022 09:53 PM
Tudia hahah kt highway sungai besi kot ke kalau tak salah pun ada ada sebesar alam gambo dia.
Quote glump 12-11-2022 09:59 PM
Ramai org tunggu utk reuse buat atap reban ayam ke pagar kebun .
Quote ninja boy 12-11-2022 10:03 PM
Menurut pru2 lepas poster besar2 belum tentu menang taw
Quote Itzy 12-11-2022 11:01 PM
Highflyer19: Kesian nampak sgt desperate ba ...

desperate nak bebaskan negara ni dari perompak2 umno. Silap2 malaysia muflis cam sri lanka sebab permimpin2 korup x ambil kisah ekonomi negara.
Quote Vynnvynn 13-11-2022 12:30 AM
Beria sgt adoiii hahahahhaah xde besar lg ke? Ni pilihanraya ke or pertandingan poster siapa lg besar?hahahaha
Quote stingergrumpy 13-11-2022 12:35 AM
Vynnvynn replied at 13-11-2022 12:30 AM
Beria sgt adoiii hahahahhaah xde besar lg ke? Ni pilihanraya ke or pertandingan poster siapa lg besa ...

Biorler calon piyem....utk penduduk penduduk tambun rasa the closeness gitewww....

Nak sogok penduduk penduduk dgn kain pelikat dan sorang RM50  memang ler takdanya, kerana bukan budaya dan prinsip bakal piyem kita kheunz?
Quote stingergrumpy 13-11-2022 12:44 AM
shahirakay replied at 12-11-2022 09:13 PM
Balik kampung kali ni semata mata sebab bang non mencemarkan tambun.


Pemimpin yg perjuangannya utk merubah landscap politik free of rasuah, ketirisan ..among others, ko pulak tuduh nak mencemarkheun tambun..

Quote TomyamPuteh 13-11-2022 08:46 AM
Org Tambun tak kenal Bang Non?
Quote Minami2013 13-11-2022 08:52 AM
Edited by Minami2013 at 13-11-2022 12:54 AM

Undi melayu pecah 4... undi cina india kalo maintain mcm pru14, dap boleh menang besar lagi. So wait and see lah. Yg pasti buat masa sekarang i undi pejuang utk parlimen ikut profile calon. Hati still berubah ubah.. yg tk ubah cuma i tk kan undi bn sbb wak jahid masih ada dlm umno.

Anyway, org tgk poster tu makin menyampah ke makin suka agaknya.
Quote teen_angelJB 13-11-2022 09:07 AM
Ke aku yg tertingg train..but y tambun...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.387952 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top