Bukan hanya ahli keluarga, malah pemergian Allahyarham pelakon Syazlin Zainal turut meninggalkan kesan mendalam kepada teman lelakinya, Shaf Pablo.
Katanya, dia tidak akan melupakan semua kenangan bersama arwah meskipun hubungan mereka dalam jangka masa singkat. "Terima kasih untuk segalanya sayang, saya tidak akan lupakan semua kenangan manis, suka, duka, gembira kita bersama. "Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap. Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan merasai kematian.
Shaf turut hadir pada upacara pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 kira-kira pukul 10 malam, Jumaat. Dalam pada itu, Shaf berkata, dia reda dengan pemergian insan tersayang meskipun berat menerima kenyataan. Katanya lagi, dia akan cuba meneruskan kehidupan tanpa Syazlin di sisi dan sentiasa mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan arwah maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Untuk rekod, arwah pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran. Sumber: mStar |
dudaberhias: tertanya mana satu bf heshe rh ...
dudaberhias replied at 12-11-2022 04:27 PM
tertanya mana satu bf heshe rhoperrnya yang rambut dengan buns siap dreadlock tu yach yang peluk lak ...
cicicumel replied at 12-11-2022 03:50 PM
Who r yusss... Yg si mati pon x kenal.. Ni Bf lagi lah... Lainlah suami...
cicicumel: Who r yusss... Yg si mati pon ...
imransulaiman replied at 12-11-2022 04:38 PM
Itu ke bf dia kak duda? Aku pun ingatkan yang bersongkok tu. Lagi parah imaginasi aku - video tu v ...
ADVERTISEMENT