CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Memang Tak Kisah Pun Bawa Watak Pembantu, Ada Tawaran Yang Datang", Fahrin Ahmad Tak Memilih Watak, Janji Bagi Impak

12-11-2022 06:54 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1657| Komen: 11



Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 43, yang kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia membawa watak pembantu atau muncul sebagai kameo.

Memulakan kerjaya lakonan sejak 18 tahun lalu membuatkannya dirinya terus berusaha memberikan yang terbaik walaupun segelintir individu hanya melihat sesebuah tawaran sebagai peranan kecil, katanya.

“Besar atau kecil sesebuah karakter itu hakikatnya terletak di tangan pelakon iaitu cara bagaimana mahu menyerlahkan atau menjiwai watak tersebut.

“Bagi saya keberkesanan sesebuah naskhah dalam meninggalkan kesan terhadap audiens adalah menerusi gabungan keseluruhan watak dan perwatakan, jadi kesemua peranan saling berkait,” katanya.


Maka tegas Fahrin, setiap pelakon perlu memahami plot dan sub plot jalan cerita disusuli dengan permainan emosi setiap karakter.

“Tanpa adanya karakter dalam watak, penceritaan tetap takkan sempurna walaupun hanya melontarkan beberapa baris dialog.

“Saya memang tak kisah pun bawa watak pembantu. Ada tawaran yang datang tetapi semuanya bergantung dengan jadual memandangkan saya juga terbabit dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Mana-mana boleh selit, saya okey saja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam perkembangan terbaharu, pengacara berusia 43 tahun itu dipilih sebagai jurucakap Karnival Jom E-Waste bagi mempromosikan kepentingan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dalam kalangan masyarakat.


Untuk rekod, Fahrin telah mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas, 42, pada 9 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia enam tahun. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 12-11-2022 03:03 AM
selfie macam abah2 top dah ye heshe sekarang...

kaka terbayang kalau buka fon heshe jah mesti max brightness... buta terus iols.... lepastu speaker plak highest volume... jiran sebelah pun menjerit dengar...
Quote jay_07 12-11-2022 04:00 AM
dudaberhias replied at 12-11-2022 03:03 AM
selfie macam abah2 top dah ye heshe sekarang...

kaka terbayang kalau buka fon heshe jah mesti max b ...



dah 43 pun umurnya mestilah abah2
Quote makadek 12-11-2022 04:36 AM
Mcm gaya laki aku selpie
Tergelak tengok..masih emsem la dia
Quote ciksom 12-11-2022 06:23 AM
Dulu aku rasa dia laki paling hot.
Quote iza_just2c 12-11-2022 10:19 AM
Dah nampak tua dah hero dambaan malaya dulu2..dia ngan remy ishak sama hot masa tu
Quote Moriess 12-11-2022 10:43 AM
Nampak kecut bila dah berumur
Quote sambaldurian 13-11-2022 11:56 AM
Antara pelakon laki yg menarik bg aku, tp ntah jarang ada drama best, mcm xde chemistry dgn gandingan dia.  Mcm klu berlakon tu mmg 'serius' , xde org nk ship2 ke ( before dia kahwin la). Pastu ada citer  x best masa dgn scha pulak tu.
Quote Mizlyn 13-11-2022 11:59 AM
I pun suke he ni berlakon dulu2.. Nak esklusif sikit he ni.. Dgn mengacara lg.. Whi n sukan pun he boleh jadi host.. Kekalkan camni fahrin
Quote annadonna 13-11-2022 12:42 PM
Dia kan kira stabil jugak skrg sebab media prima ambik dia jadi pengacara. So dia tak risau nak kejar watak utama drama.
Quote Kurex 13-11-2022 12:45 PM
Teringin nak genggam......
Quote Pak.dolla 13-11-2022 12:52 PM
Bila tgk dia mesti teringgat masa dia pc sambil nanges kena buli dgn retis² kan?
Tahun bila tu? X ingat...sbb masa tu aku kecik lagi...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.157993 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top