Ratu Farah Diva yang terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sekali lagi mencuri tumpuan ketika mencuba aktiviti ‘Flying Fox’.
Menerusi rakaman yang dikongsi semula di TikTok @sugehresort, kelihatan Ratu bersusah payah mengucap dua kalimah syahadah dek terlalu berdebar. Dalam video itu, pempengaruh berkenaan diminta penyelia aktiviti terbabit mengucap dua kalimah syahadah untuk mengurangkan rasa gemuruh. Bagaimanapun, Ratu dengan spontan membaca Ayat Kursi disusuli Surah Al-Ikhlas kerana terlalu gementar.
Perbuatannya itu ditempelak netizen kerana tidak dapat membezakan antara Ayat Kursi dengan dua kalimah syahadah. Bukan itu sahaja, bacaan ayat sucinya itu juga mendapat kritikan dari wargamaya kerana sebutannya tidak benar dan kurang jelas. Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang berpendapat Ratu terlalu gemuruh sehingga lupa cara melafazkan dua kalimah syahadah dengan betul. Sumber: Xtra |
kotakominami replied at 12-11-2022 11:59 AM
Muka dia tu photoshop ke nampak panjang pelik.....kalau memang asal camtu i minte maap lah...
MoonRise replied at 12-11-2022 10:29 AM
Asal la korang asyik duk up berita pasal budak nie.
Bod*h la
ADVERTISEMENT