Datuk Adi Putra dilihat aktif berkempen bagi membantu jentera parti berkenaan di sesebuah negeri.
Pelakon itu sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Lebih menarik perhatian apabila pelakon Johan As’ari turut turun berkempen bersama bagi membantu calon di sebuah parlimen. Menerusi perkongsian di Instagram, Adi memuat naik sebuah hantaran berbentuk video memaparkan dia dan Johan sedang bergambar bersama calon Barisan Nasional (BN).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut malah ada yang berseloroh mengatakan lagu latar Swipe yang diubah liriknya tersebut adalah versi islamik.
|
ADVERTISEMENT