CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tok Ti Nervous Bila Baca DM Tanya Siapa Buat Baju, Peminat Tak Suka Pakai Ropol Bling-Bling

11-11-2022 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2953| Komen: 17

Sewaktu berlangsungnya konsert Music Of The Soul: An Evening With Siti Nurhaliza pada 5 dan 6 November lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian penonton apabila mengeluarkan kenyataan mengenai keprihatinan peminat terhadap dirinya.



IG Siti

Menerusi rakaman yang tersebut, Siti secara berseloroh berkata, dia agak nervous apabila tibanya hari konsert, memandangkan peminat ingin mengetahui fesyen dan busana yang ingin digayakan pada acara berkenaan.

“Peminat sayangkan sayalah. Kadang-kadang, perkara paling nervous ialah, dia (peminat) tanya siapa buat baju, ada yang tulis jangan ropol-ropol… Siti jangan bling bling. Siti plain je,” tutur Siti sambil disambut derai tawa penonton.


Berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, Siti berkata, dia sedia maklum mengenai komen-komen yang ditinggalkan peminat dan mengambil positif apa yang dikongsikan kepadanya.


IG Siti

Of course… saya memang control Instagram dan juga akaun Twitter. Apa yang peminat komen, saya baca. Walaupun saya tak reply tersebut, saya baca komen-komen secara keseluruhan.

“Bagi saya, apa yang boleh saya ambil, saya ambil,” katanya ringkas.




Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai memuji telatah Siti dan ada juga yang melabelkan penyanyi nombor satu negara itu sebagai comel ketika berinteraksi dengan penonton.

Pada konsert berkenaan, Siti turut mengundang penyanyi rock Datuk Awie untuk menyanyi bersamanya.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 11-11-2022 11:05 PM
Edited by September14 at 11-11-2022 11:07 PM

So dia tau lah selama ni fans suh dia pakai baju simple2 plain je tp degil… nak2 sblmni dgn body gabak lpstu pakai baju liplap ropol mcm abp waktu nynyi lagu segala perasan? yg tkuar suara angsa tu… haukk
Quote Sazreena 12-11-2022 12:27 AM
Acik-acik nau style ko tu..jarang la menepati ISO..
Quote Afifi82 12-11-2022 03:23 AM
Dari zaman muda2 lagi Tok Ti kurang pandai pilih baju. Nasib la masa zaman muda2 dia slim n lawa, so di maafkan la.
Quote samshik 12-11-2022 05:56 AM
Tokti.. Cari la stylist pls... And enuf of baju vapok kelempok ex bf pejura tu... Less is more
Quote hotmak 12-11-2022 07:46 AM
sapa buat baju dia, stylist sapa, lawa pakai style tudung ni, tak mcm selalu
Quote kuchenta_81 12-11-2022 07:51 AM
Recently dia banyak pakai baju dari Samm_republic. 2x dia pakai design yang tutup dada mcm Queen tapi bawah meleret sapu lantai.
Quote simmes 12-11-2022 08:29 AM
Ye ke dia sempat baca semua komen ig & twt?
Aku kerja biasa ni pun tak menyempat nak kejar bod gosip apatah skrol twt sampai habis
Quote marchikobonzo 12-11-2022 10:28 AM
Nampak sangat dia yang degil taknak dengar..tapi konsert yang ni ok sikit, tudung pun cantik..jangan pakai dah RR tu..hazab nok!!
Quote harisbee 12-11-2022 10:33 AM
Cantik je busana2 ct utk konsert ni...
Quote sleepandream 12-11-2022 12:31 PM
fesyen sheols masa konsert ok jah...
even masa konsert SNOT 3 negara tu pun ok cantik2 baju sheols...
cuma bila appearance dlm program tv jah kekadang nampak sarat...

apapon haterz punya idola ada orang kesah ke pakai fesyen apa...
Quote dekmieDandy 14-11-2022 10:40 AM
samshik replied at 12-11-2022 05:56 AM
Tokti.. Cari la stylist pls... And enuf of baju vapok kelempok ex bf pejura tu... Less is more

dia dah lama tak pakai RR chuolls
rasanya last baju raya je
Quote lee_sakura 14-11-2022 11:35 AM
dekmieDandy replied at 14-11-2022 10:40 AM
dia dah lama tak pakai RR chuolls
rasanya last baju raya je

rasanya mcm dia nk bg peluang kt designer lain @ designer baru bekerjasama ngan dia...pape pon perubahan kali ni bagus
Quote syitaeyqa 14-11-2022 12:03 PM
tgk masa dia jumpa KD tu, very the makcik2 punya stail
Quote aciksenah 14-11-2022 03:16 PM
syitaeyqa replied at 14-11-2022 12:03 PM
tgk masa dia jumpa KD tu, very the makcik2 punya stail

Kan...jaga la imej sikit. Bukan main lagi kris dayanti dressing. Sekali acik mana mai jemput..
Quote SherryZass 14-11-2022 03:21 PM
Oklah, yg penting takde style tudung nampak serkup tu
Quote likilu 14-11-2022 04:22 PM
Ornag xleh nak komen delivery dia baju je lah tempat hambuskan kemarahan tah pape netizen

Nasibla toktik, dia enjoy je dapat menari depan orang ramai
Quote Nurkaseh01 28-3-2023 01:42 AM
dia tau fans dia dia memang tak suma bila dia pakai over2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051148 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top