CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Niena Baharun Terharu Babysitter Jaga Anak-Anak Elok, Beri Hadiah Gelang Emas

4-11-2022 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1694| Komen: 2

Datin Niena Baharun bertuah dikurniakan penjaga anak-anak atau babysitter yang baik hati serta ikhlas bekerja.

Di TikTok, Niena berkongsi video perpisahan dengan penjaga anak-anaknya yang telah berkhidmat selama beberapa bulan.


Sebagai tanda penghargaan, Niena, 29, menghadiahkan seutas gelang tangan emas sebagai hadiah kenang-kenangan.

Foto: IG

Niena kata Asra Syafikah yang menawarkan diri untuk menjaga dua anaknya kerana ingin meringankan beban keluarga.

"Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.



"Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.

"Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia yang muda, tambah masa tu tengah aktif.

"Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada 8 orang. Bila saya dengar ada 8 orang adik-beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.



"Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik dia. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya."

Niena juga terharu dengan Asra yang sanggup mengorbankan masa mudanya demi mencari rezeki.



"Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya. Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.

"Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah sayu pengakhiran."




Untuk info, Niena telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Hasil perkahwinan tersebut, Niena dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael, 4, dan Alyssa Marissa yang kini berusia dua tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-11-2022 05:11 PM
hidup ko mmg senang je ek pompuan. xyah kerja melwa je keja ko
Quote Nurkaseh01 28-3-2023 01:52 AM
Untung lahhh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.097691 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top