CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Didakwa Di Mahkamah Selepas Pukul Kepala Suami Dengan Handphone

1-11-2022 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1425| Komen: 8

MELAKA – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit sehingga cedera, September lalu.


Tertuduh, Noor Nazira Che Ghani, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mendatangkan kecederaan terhadap suaminya, Ezwan Elias, 27, dengan memukul kepala mangsa menggunakan telefon bimbit.


Gambar Hiasan

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil, pada 6 September lalu.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu turut dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 beserta syarat tambahan iaitu penjamin adalah dalam kalangan ahli keluarga tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan dia tidak bekerja dan dalam proses penceraian, selain mempunyai dua orang anak masing-masing berusia lima tahun serta setahun lima bulan yang perlu dijaga.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah mengekal jumlah jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh 6 Disember depan bagi sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 1-11-2022 08:06 PM
Bile nk masok penjara laki si jahidah tu
Quote Page88 1-11-2022 09:04 PM
Hhhhmmm........
Quote rosedemon 2-11-2022 09:57 AM
ko hempukla guna lesung batu
Quote ifanonline 2-11-2022 10:02 AM
masuk neraka suri rumah ni
Quote KamikuP 2-11-2022 12:30 PM
Perempuan yg durhaka pada somi pasti masuk Melaka
Quote margo20 2-11-2022 01:11 PM
Kalau betina buat onar laju je kena tangkap eh
Quote lattehazelnut 2-11-2022 01:19 PM
Lah bukan kne baling nokia 3310
Phone sekarang ringan n nipis je..

Kalau perempuan kne belasah sepak terajang walaupun salah minor, bukan saja xde pembelaan siap pakej kne cerca netizen lg..
Quote jalfa 2-11-2022 01:23 PM
Elok ko merepot kat melaka tu dek.sapa suruh hempok dengan hp...lagi afdhol ko ketuk dengan lesung..btw kenapa ko hempok dia dek..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.032888 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top