Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah bersama suami, Michael Hansen sedang bergolak sehingga mengambil keputusan untuk berpisah tidak lama lagi.
Sehingga kini, nama Sakinah sentiasa menjadi perhatian wargamaya selepas isu rumah tangganya itu hangat dibualkan malah ada juga yang mengecam pelakon itu. Terbaharu, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired memuat naik sebuah hantaran beserta kapsyen kata-kata positif buat dirinya. “Setiap hari saya perlu berurusan dengan penelitian daripada internet yang menilai saya sebagai diri saya.
“Tapi takpe jangan bermain atau pernah jadi mangsa dan dugaan ini membuatkan saya lebih kuat untuk meneruskan misi masa hidup saya,” tulis Sakinah. Namun perkongsian pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu dihujani dengan pelbagai komen yang rata-ratanya memberi sokongan kepada Sakinah malah mendoakannya supaya mendekatkan diri kepada tuhan. Terdahulu, Sakinah telah membuat kenyataan dan memberi pengesahan mengenai status perkahwinannya sekaligus menjawab semua persoalan. Sakinah juga memaklumkan bahawa dia memilih untuk berpisah dengan suami atas faktor hubungan jarak jauh dan hubungan mereka sering dilanda masalah. Untuk rekod, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengumumkan perkahwinan mereka pada Februari 2021. Sumber: Xtra |
lattehazelnut replied at 31-10-2022 03:53 PM
Kau jugak yg menganjing netizen dulu2..
Bajet bahagia sampai akhir hayat..
Cashlah..
heythere123 replied at 31-10-2022 03:58 PM
dia cakap apa time tu? i ingat aman2 je sheols kawen
lattehazelnut replied at 31-10-2022 04:58 PM
Kan time pkp dia fly gi sweden
Utk rawatan mental katanya padahal ikut bf ke laki tah masa tu
Lepa ...
black_handbag replied at 31-10-2022 04:24 PM
siap bergaduh dgn saripoh sahira nak kawin dgn mamat ni. ujung2 kena dump nak balik msia ke
black_handbag replied at 31-10-2022 04:24 PM
siap bergaduh dgn saripoh sahira nak kawin dgn mamat ni. ujung2 kena dump nak balik msia ke
ADVERTISEMENT