CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrey Dedah Punca Sebenar Keluar Raihan-"Mereka Marah, Langsung Tak Pujuk, Nak Keluar, Keluarlah!"

26-9-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13550| Komen: 136

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan nasyid itu selepas memikirkan dirinya bukan seorang yang sukakan populariti.


Kata Nazrey atau nama sebenar Nazrey Johani Abdullah, 50, sepanjang bersama kumpulan itu hatinya tidak tenang kerana hidup dalam perhatian ramai.

Foto: MH Daily

"Selama saya dengan Raihan, saya tidak pernah senang hati.

"Walaupun pergi (kerja) ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya berfikir tentang kerja sahaja," katanya.

Nazrey berkongsi mengenai keputusannya meninggalkan kumpulan itu pada 2006 menerusi satu temu bual yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Nazrey berkata dia tidak pernah berasa bangga diri dengan pencapaian mereka meskipun kumpulan itu sudah terkenal di seluruh dunia.



Malah, dia mengakui sering berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan nasyid itu secara baik tanpa sebarang permusuhan dengan ahli lain.

"Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik.

"Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tidak mahu populariti itu.

"Hati saya tidak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan," luahnya.



Selepas 14 tahun bersama Raihan, akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah apabila dia nekad meninggalkan kumpulan itu untuk menjalankan kerja dakwah.

"Pada tahun 2006, saya menerima panggilan daripada seorang kawan di Sabah.

"Dia memanggil untuk saya pulang berdakwah di kampung kerana hanya beberapa orang jemaah yang solat di masjid.

"Katanya jika saya datang berdakwah ke sana, ia dapat menarik lebih ramai umat Islam solat berjemaah di masjid.

"Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata... Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tetapi ingat kena yakin dengan rezekiku.

"Sewaktu itu saya merasakan seperti perlu meninggalkan Raihan dan melakukan kerja-kerja dakwah. Saya sempat meminta izin ibu untuk keluar dari Raihan dan Alhamdulillah direstui," katanya.



Nazrey turut mendedahkan keputusan yang dibuat itu seakan mengundang kemarahan ahli kumpulan yang lain, namun dia reda menerima apa jua reaksi rakan nasyidnya itu.

"Ketika saya mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah!

"Sejak itu saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah," ujarnya.

Untuk info, Raihan pernah mencipta sejarah apabila menerima 17 trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) dan album Pujian-Pujian terjual lebih 1.5 juta unit. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-9-2022 11:06 AM
Kita tunggu komen pihak Raihan. Dengar sebelah pihak xmemadai. Dulu Raihan cakap Nazrey bermasalah.
Quote harisbee 26-9-2022 11:12 AM
Napa x tenang dgn populariti..populariti tu leh guna utk dakwah...napa jd retis at the first place kalu x nak populariti..pelik.
Quote seri_mawr 26-9-2022 11:20 AM
tapi nazrey ni suara dia mendayu2....tu sbb dulu aku slh seorg peminat raihan ni...mcm tenang jek dgr dia menyanyi tu....huhuhu
Quote BeskotCekelat 26-9-2022 11:32 AM
"Katanya jika saya datang berdakwah ke sana, ia dapat menarik lebih ramai umat Islam solat berjemaah di masjid.


Sebab dia dah glamer join Raihan la dia ada "daya penarik", jadi ada jugak impact Raihan dalam usaha dakwah dia.
Quote anilanil 26-9-2022 11:35 AM
Zaman uni dulu pernah la tengok konsert raihan. Dlm ramai2, dia agak ranggi ye masa sound check pakai jeans & t-shirt. Agak tak berapa nak zuhud sgt juga. Mungkin skrg beliau semakin baik & tenang.
Quote supernaturalee 26-9-2022 11:37 AM
rospinki replied at 26-9-2022 11:23 AM
tak pecayalah, sedangkan RAIHAN tknak buka cerita ttng nadzrie tapi ada jgak tiris kisah knpa dia ke ...

huhu
kesahnya

dlm artikel kata ni rakaman dr thn 2006
up balik kenapa ye
sbb raihan nk buat konsert besar lagi 2 bln ke
so expect dipanggil join? isu kewangan?...

anyway...seriously ni baru tahu punca kenapa die keluar raihan
tgk sikit video tu seakan rider jgk statement nya ya
klu x popular xde maknanya org nk pgl, nk sponsor ko pegi jauh2 smpi ke segala ceruk dunia
even smpi jumpa queen bagai

sayang lah
die pandai buat lagu, nyanyi pun sedap
sedap die tu bkn jenis power vocal, bkn jgk yg sedap low note mcm aizat, yuna
tp yg sgt soothing
yg sgt in dgn melodi, lirik2 yg die buat
yg menusuk kalbu kita bila dengar

why la jd gini


Quote noiz_phayz 26-9-2022 11:39 AM
Banyak kali dah nazrey cerita kenapa dia keluar Raihan. Tapi tak pernah dengar dari side ahli Raihan yang lain. Yg lain tu kalau boleh memang taknak sebut langsung nama dia. Meols tak rasa sebab ni je deols sampai tak bertegur sapa sampai sekarang. Tapi tula nk tunggu bukak mulut lambertt lagi
Quote fry 26-9-2022 11:40 AM
begitu syulittt lupakan reyhann....apa lagi reyhan baekkk
Quote August 26-9-2022 11:44 AM
Pinjam alif satar lah kalau buat konsert
Quote elzy 26-9-2022 11:45 AM
Bila sudah popular.. Lebih baik undur diri tanpa publisiti..
Berlapang dada..
Quote Lavender_Violet 26-9-2022 11:47 AM
Aku suka dgn group ni dulu
Lebih suka dari Rabbani
Cerita dah lama....knp nak up balik?
Nanti berbalas2 komen terus makin keruh hubungan tu
Quote TomyamPuteh 26-9-2022 11:54 AM
Kumpulan Madani hilang ke mana skrg ni? Suara penyanyi dia tersangat la sedapnya.


Quote umbut 26-9-2022 12:07 PM
Pertama kali beli kaset nasyid, kaset raihan.. Nazrey mualaf rupanya.. Kalo x suka glamour kenapa jadi artis.. Tapi raihan memang mendunia sangat dulu2..
Quote kikilalapooh 26-9-2022 12:14 PM
kenapa tiba tiba issue ni timbul ya?
Quote Chrating 26-9-2022 12:24 PM
Yang lepas tu usah lah dikenang dan diungkit lagi, takut banyak buruk dari baik. Move on jalan terus. Dah lama sangat nak bising2 pun tak une. Lain lah kalau baru berlaku minggu lepas.
Quote awenda507 26-9-2022 01:32 PM
Tak perlu mention kot psl ahli raihan. Diorg pun takde nak bukak cerita ape2. Fokus aje la dgn aktiviti masing2
Quote LadyCarefree 26-9-2022 01:37 PM
Tunggang ugama new level.
Quote naina 26-9-2022 01:38 PM
Suara dia sedap yang tak over..sesuai dengan karakter melodi lagu dia
Sebab tu semua lagu sedap
Cube dengar lagu liriknya cmni
"Ujian adalah, hadiah dari Allah"
Sedap ngat2
Quote HoneyManjer 26-9-2022 02:04 PM
tbh masa dia bukak cerita tu pun...rasa macam riak sikit pun ada, rasa macam dia jer yg bertul pun ada, rasa mcm bangga diri pun ada (part yg takde vokalis lain leh ganti, yg lain seme tak pandai nyanyi katenyer)...entah la mungkin perasaan iols jer kot rasa macam tuh...wakakakak

pape pun, semoga skang heols jumpa la ketenangan ituh...sebab target kita satu jer dalam hidup ni...iaitu syurga dan bertemu Allah (bak lirik lagu heols)

sekian wabillahi taufik wal hidayah

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.152841 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top