CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gigih Siapkan Video Muzik- The Gadys Sanggup Berlatih Menari Sampi 2 Pagi, Sampai Ada Yang Tak Tidur

21-9-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2826| Komen: 39

Jadual kerja yang padat sehingga tidak cukup tidur menjadi cabaran utama buat kumpulan The Gadys dalam penghasilan video muzik (MV) lagu terbaharu mereka berjudul Gelek Jambu.


Menurut salah seorang anggotanya iaitu Nelissa Nizam, dia bersama tiga lagi rakan lain yang juga terlibat dalam dunia lakonan terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin bagi kelancaran rakaman MV tersebut.

Foto: IG

"Cabaran paling utama The Gadys adalah masa kerana kami juga terbabit dalam bidang lakonan. Namun, jadual penggambaran yang sangat padat tidak menghalang kami untuk menyiapkan MV lagu ini.

"Ada yang tidak tidur, habis shooting MV pukul 5 pagi dan terus ke lokasi penggambaran drama pada pukul 8 pagi. Ada yang mandi di set penggambaran pun ada.


"Itu belum lagi latihan menari sampai pukul 2 pagi sebelum itu. Tetapi Alhamdulillah,semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana semangat bekerjasama yang tidak pernah hilang," katanya.



Gelek Jambu merupakan single kedua The Gadys selepas tampil dengan lagu raya berjudul Gadys Raya pada April lalu.

Sementara itu bercakap tentang proses rakaman lagu berkenaan, kata seorang lagi anggota iaitu Aznie Azmi, mereka mendalami setiap karakter yang ingin disampaikan sehingga terpaksa menggunakan props supaya ia lebih mudah disampaikan.



"Ketika rakaman lagu ini kami tiada menyanyi secara biasa sebaliknya dengan karakter dan emosi dari setiap lirik yang disampaikan.

"Sewaktu menyanyikan bahagian sendiri, saya diminta untuk memegang gitar, beg dan cawan seolah-olah menggambarkan emosi yang ingin di sampaikan oleh karakter dalam lagu.



"Proses rakaman sangat seronok walaupun diulang banyak kali. Lagu ini sangat fun sebab ada pelbagai style. Ada reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar," jelasnya.

Gelek Jambu merupakan lagu ciptaan bersama Mage, Glowrush, Pique, Upai dan Ajay Amai.



Sementara liriknya pula dihasilkan oleh Mage dan Pique.

MV yang diarahkan oleh Lily Samsuddin ittu pula sudah mula ditayangkan di saluran Youtube The Gadys sejak 9 September lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-9-2022 11:33 AM
ingat lagu yindon
Quote dudaberhias 21-9-2022 11:39 AM
apa benda tu dikkk... tengok menari tiktok pun keras kejung... gitu kah latihan sampai 2 pagi tu... rasanya kena extend sampai ke subuh terus kalau gitu rhopernyaa...
Quote LadyCarefree 21-9-2022 11:45 AM
Semua nama2 disebut tu satu pun iols xtau. Begitu sendu beku kah komposer2 dan penulis2 lirik serta the gediks
Quote prince_marhaen 21-9-2022 11:55 AM
GADISS APOOO....bukan ke few of them jandoooo? look so cheap eh..nyanyi ke laut, gelek & menari keras kejung... nasyid je lah dikkk... memasing dah tuooo
Quote bulalof 21-9-2022 12:00 PM
sedeyhhhh....
Quote Riz_one 21-9-2022 12:01 PM
mana punya mai pulakk niee...ahaha
Quote surih07 21-9-2022 12:04 PM
Senduu noks
Quote heythere123 21-9-2022 12:06 PM
bagi i dorang nampak cheap instead of lawa dengan outfit gitu.

Nampak very rempit walaupun i tahu dorang nak aura girl crush sebenarnya
Quote heythere123 21-9-2022 12:06 PM
prince_marhaen replied at 21-9-2022 11:55 AM
GADISS APOOO....bukan ke few of them jandoooo? look so cheap eh..nyanyi ke laut, gelek & menari kera ...

eh serius la janda? semua muda2 lagi kan, awal nau kalau dah menjanda
Quote heythere123 21-9-2022 12:07 PM
anyway dorang ni bukan asal penyanyi pon, semua influencer wannabe. Cumanya 2/4 tu ada basic lakonan macam Nelissa & Ayunie tu
Quote Acikgomen 21-9-2022 12:20 PM
Acik takmau komen pape walaupun jauh disudut hati meronta2 sbb acik kenai mak nelisa tu and heshe selalu bagi diskaun kat acik bila pi melantak kat Shangri-la
Kenang budi la kesahnye
Quote miu84 21-9-2022 12:21 PM
Kepams la uols. Jauh lagi best Dolla
Quote chanthik 21-9-2022 12:39 PM
Kepams jijik. Body out, skill out. Hangsuang betul la tua kerepot fefeeling anak belasan tahun ni

Muka pun tak helok. Set set nak buat girl group bi kena yang comel comel macam Tabby Dolla tu. Ini semua muka rempit
Quote September14 21-9-2022 12:57 PM
Menari smpi 2 pg biasa dikk.. bkn ngadap pc smpi 2 pg.. bpinar bijik mata ko dik
Quote azimodin 21-9-2022 01:01 PM
Dolla nampak lagi SIAP
Quote lyshafull 21-9-2022 01:09 PM
dik tolong bezakan menari di kelab malam dn menari untk jadik penyanyi
hang x tgok group korea nari ade beats ni keras la lahaii
Quote dua_chzy 21-9-2022 01:12 PM
Tolong ambik imej konsultan.
Quote dua_chzy 21-9-2022 01:13 PM
Sorang tu muka macam Aida Mat Aris.
Quote renko 21-9-2022 01:18 PM
sepundal mana ni

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.224148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top